Kemaskini Android Marshmallow untuk Mi 4, Mi Note dan Mi 3 kini pada fasa ujian terakhir
Awal bulan Disember ini, telah dilaporkan bahawa Xiaomi telah mengesahkan kemaskini Android Marshmallow bagi Xiaomi Mi 4 dan Mi Note akan tiba tidak lama lagi dan kini satu laporan terbaru mendedahkan bahawa kemaskini Android Marshmallow bagi kedua-dua telefon pintar ini kini berada di fasa terakhir ujian.
Selain itu, pengumuman terbaru yang dibuat melalui akaun Weibo milik pengurus operasi MIUI Xiaomi juga mendedahkan bahawa generasi ketiga telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 3 juga akan menerima kemaskini Android Marshmallow.
Beliau telah memuat turun satu gambar ‘screenshot’ yang mendedahkan saiz kemaskini Android Marshmallow adalah 518MB dan ianya masih merupakan versi UI yang sama seperti sebelum ini iaitu MIUI 7.
Selain itu, versi akhir yang didalam ujian ini adalah versi beta dan ini bermaksud versi ini masih belum stabil dan pasti ada sedikit kekurangan berbanding versi akhir.
Versi akhir kemaskini Android Marhsmallow bagi Xiaomi Mi 4 dan Xiaomi Mi Note mungkin akan tiba didalam masa beberapa bulan.
kemaskini Android Marshmallow ini dijangka tiba selepas Xiaomi Mi 5 dilancarkan pada bulan Februari 2016.
Bercakap mengenai Xiaomi Mi 5, telefon pintar ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci samada skrin 1080p atau skrin QHD, kamera utama 16MP, kamera selfie 13MP, sokongan dwi-SIM, bateri berkapasiti 3,600mAh dan hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan Android Marshmallow.