Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei akan melancarkan D8 tahun hadapan

Huawei akan melancarkan D8 tahun hadapan 1

image

Ketua bahagian telefon pintar Huawei, He Gang dilaporkan telah berkata bahawa beliau mahu syarikat itu mengembangkan penawaran telefon pintar kelas tinggi pada tahun hadapan.

Salah satu model yang tersenarai didalam penawaran model kelas tinggi adalah Huawei D8 yang mula diperkatakan penghujung tahun lalu sebagai antara model didalam peta pelancaran tahun 2015.

Salah satu model didalam perancangan bagi tahun ini iaitu Huawei Mate 8 telahpun dilancarkan.

Ini bermaksud, Huawei D8 akan dilancarkan tahun hadapan.

Menurut laporan terbaru dari China, Huawei D8 akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci yang mempunyai gelas perlindungan Sapphire dan akan mempunyai resolusi 1440×2560 dengan kepadatan piksel melebihi 500ppi.

Dari segi pemprosesan pula, Huawei dikatakan akan menaruhkan kepercayaan kepada cip pemprosesan Kirin 960 yang belum dikeluarkan dan juga akan memiliki 4GB RAM.

Spesifikasi Huawei D8 hampir sama seperti penyenaraian model ini pada pelan perancangan peranti 2015 namun model tersebut hadir dengan pemproses Kirin 950.

Laporan ini juga berkata bahawa Huawei ingin mengatasi atau bersaing telefon pintar kelas atasan keluaran Samsung seperti Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang akan dilancarkan di MWC pada bulan Februari 2016.

Jika menjadi realiti, Huawei D8 dikatakan akan mempunyai harga penjualan pada sekitar CNY 5,000 iaitu pada jangka harga RM 3,309 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.