Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 9X Malaysia – telefon pintar terbaik Honor didalam siri X

Honor 9X malaysia
Pengenalan

Siri telefon pintar Honor X telah menerima sambutan yang sangat baik samada didalam mahupun diluar negara dengan hampir 10 juta unit Honor 8X telah berjaya dijual didalam masa 173 hari selepas pelancaran (hampir 15 juta unit Honor 8X telah dijual setakat ini)

Selepas hampir satu tahun dipasaran, kini sudah tiba masa pengganti kepada Honor 8X memasuki pasaran Malaysia bulan ini.

Tahun 2019 adalah tahun yang mencabar bagi Honor dan syarikat induk mereka iaitu Huawei dengan penggantungan lesen Google yang melarang Huawei atau Honor menggunakan sebarang perkhimatan atau aplikasi yang dimiliki oleh Google.

Walaubagaimanapun Honor telah berjaya mengatasi isu ini pada Honor 9X yang sudah pasti akan memberikan kelegaan kepada bakal pembeli telefon pintar ini di Malaysia.

Berikut adalah ulasan Honor 9X yang telah dilancarkan di Malaysia pada 21 November 2019.

Video Buka Kotak Honor 9X Malaysia

Reka bentuk

Honor 9X memawarkan reka bentuk panel hadapan dan belakang berasaskan gelas dengan rangka aluminium.

Bercakap mengenai panel hadapan, Honor 9X hadir dengan panel skrin yang memenuhi hampir kesemua permukaan hadapan telefon pintar ini kecuali dibahagian bawah skrin yang mana terdapat ruang ‘dagu’ berwarna hitam.

Pengunaan mekanisma kamera terangkat pada Honor 9X membolehkan Honor menawarkan pengalaman skrin yang lebih imersif tanpa sebarang takukan.

Tiada sebarang butang fizikal pada panel hadapan dengan sensor capjari kekal pada panel belakang.

Honor 9X malaysia

Panel belakang ini hadir dengan reka bentuk yang dikenali sebagai Dynamic X yang menyinar pada sudut yang berlainan namun pada tiada kesan ini pada warna hitam (unit reviu kami). Honor 9X Malaysia

Mengulas lanjut mengenai panel belakang Honor 9X ini, ianya adalah berasakan gelas dengan kedua-dua sisi yang melengkung memberikan cengakaman yang baik.

Pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa dan butang pelaras bunyi manakala tiada sebarang butang mahupun slot SIM di bahagian sisi kiri.

Slot hibrid SIM + MicroSD pada bahagian atas bersebelahan dengan modul kamera pop-up 16MP.


Ketahanan modul kamera selfie pop-up pada Honor 9X adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoal dan hasil ujian ketahanan membuktikan bahawa modul pop-up ini mampu menahan beban sehingga 15kg.

kamera selfie ini juga hadir dengan mekanisma keselamatan yang akan menyebabkan kamera ini masuk balik secara automatik apabila ianya mengesan sebarang jatuhan.

Mekanisma ini bukanlah sesuatu yang baru dipasaran namun ianya memberikan ketenangan menyedari terdapat ciri ini sekiranya berlaku jatuhan yang tidak disengajakan.

Apabila dibandingkan dengan Honor 8X, Honor 9X adalah lebih tinggi iaitu dengan ukuran 163.5 mm x 77.3 mm x 8.8 mm dan berat 196.8 gram.

Honor 9X malaysia

Skrin Paparan

Honor 9X hadir dengan skrin paparan LTPS IPS LCD berukuran 6.59-inci dengan sisi yang bulat dan tanpa sebarang takukan.

Pengunaan mekanisma kamera pop-up pada Honor 9X membolehkan pengguna menikmati pengalaman skrin yang lebih imersif.

Panel ini membawakan resolusi 2340 x 1080 piksel dengan nisbah 19:5:9 dan kepadatan piksel 391ppi.

Kepadatan sekitar 391 ppi yang ditawarkan oleh oleh panel skrin Honor 9X ini memberikan pengunaan skrin yang selesa dan terang walaupun dibawah cahaya matahari. Penghasilan warna juga dilihat mempunyai kadar ketepatan yang tinggi.

Honor juga tidak mendedahkan sebarang pengunaan gelas keselamatan pada panel ini namun ianya dijangka hadir dengan panel gelas keselamatan daripada Corning.

Pengunaan kamera selfie pop-up juga membolehkan Honor 9X mencapai nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 91% dan ianya juga hadir dengan penapis lampu biru yang merosakkan mata.

Pemproses

Honor 9X hadir dengan pemproses Kirin 710F yang mana ianya adalah sesuatu yang sedikit mengecewakan namun Honor terpaksa mengambil keputusan ini bagi membolehkan penawaran perkhimatan Google Services yang dilihat cukup penting bagi pasaran antarabangsa termasuk di Malaysia.

Anda pasti sedia maklum bahawa Honor 9X menggunakan pemproses Kirin 810 dipasaran China namun bagi pasaran antarabangsa hanya pemproses Kirin 710F disertakan.

Honor 8X hadir dengan pemproses Kirin 710 manakala Honor 9X hadir dengan pemproses Kirin 710F, F pada cipset ini bermaksud ‘Flip-Chip Chip-Scale Package’ yang bermaksud Kirin 710F ini hadir dengan integrasi litar yang berbeza.

Prestasi kedua-dua pemproses ini adalah lebih kurang sama dan terdapat GPU Mali-G51 MP4 yang turut membawakan sokongan GPU Turbo 3.0.

Cipset ini juga tidak mudah panas walaupun ‘dipaksa’ berkerja keras dengan pelbagai tugas berat.

Honor 9X di Malaysia dan pasaran antarabangsa disertakan dengan 6GB RAM dan 128 storan dalaman.

Antaramuka yang digunakan pada Honor 9X ini adalah EMUI 9.1 yang berasakan Android Pie dan terdapat kemungkinan besar telefon pintar ini akan turut menerima kemaskini EMUI 10 yang berasaskan Android 10.

Honor 9X malaysia

Kamera

Honor 9X hadir dengan tetapan tiga kamera pada panel belakang yang ianya terdiri daripada satu sensor utama 48MP, satu sensor ultra lebar 8MP dan satu sensor kedalaman 2MP.

Sensor utama 48MP ini adalah Sony IMX582 yang memiliki aperture f/1.8 dengan teknologi Quad-Bayer.

Ini bermaksud anda akan menerima hasil gambar 12MP dengan tahap kekaburan yang lebih rendah namun terdapat mod pengambaran resolusi penuh 48MP yang boleh diaktifkan pada bahagian tetapan terus pada aplikasi kamera.

Seperti telefon pintar Honor lain dipasaran, sokongan AI Scene Recognition juga disertakan dan kamera Honor 9X ini mampu mengesan sehingga 22 kategori gambar yang diambil dan menawarkan tetapan yang sesuai mengikut keadaan.

Honor 9X juga disertakan dengan sensor kamera ultrawide pada resolusi 8MP yang mana ianya mempunyai bidang pandangan 120 darjah.

Anda hanya perlu menekan titik kecil disebelah bulatan 1x untuk mengaktifkan pengambilan gambar ultrawide namun sensor ini tidak menyokong pengambaran mod malam.

Bercakap mengenai mod malam Honor 9X, ianya adalah AIS Super Night yang mengunapakai sensor utama 48MP. Mod ini membolehkan kamera Honor 9X mengambil gambar dengan pendedahan sehingga 4 saat tanpa sebarang gegaran atau kekaburan.

Ini membolehkan lebih banyak cahaya dan maklumat pada gambar mod malam yang diambil pada Honor 9X ini.

Kehebatan mod malam pada telefon pintar Honor adalah bidang kepakaran Honor yang membolehkanya menjadi pendahulu didalam penawaran pakej fotografi yang lengkap pada telefon pintar.

Selain itu, sensor ultra lebar yang disertakan pada Honor 9X adalah unit 8MP dengan 120 darjah field of view yang membolehkan fotografi landskap yang lebih luas.

Secara keseluruhanya, Honor 9X hadir dengan satu pakej kamera yang setimpal dengan harganya dan dengan pengunaan sensor utama 48MP, Honor telah memberikan pengguna kebolehan mengambil fotografi berkualiti tinggi.

Kamera selfie Honor 9X adalah unit 16MP dengan mekanisma pop-up yang membolehkan anda mengambil gambar selfie yang baik walaupun bukanlah yang terbaik.

Bateri

Honor 9X hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas 10W yang disertakan didalam kotak (5V/2A).

Buat pertama kali didalam siri Honor X ini, Honor 9X disertakan dengan slot USB-C yang memudahkan lagi pengecasan dan membolehkan penawaran pengecasan yang lebih pantas.

Berdasarkan pengunaan kami, Honor 9X dilihat mampu menawarkan pengunaan purata sepanjang hari tanpa perlu anda melakukan pengecasan semula.

Honor 9X malaysia
Penutup

Selepas kejayaan yang dicapai oleh Honod 8X, Honor 9X memikul tanggungjawab yang berat untuk mengulangi semula kejayaan yang sama.

Dengan pakej telefon pintar yang serba lengkap, Honor 9X dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran Malaysia khususnya kerana harga penjualan yang amat kompetitif.

Honor 9X kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 999  dan pra-tempahan kini telah dibuka di Lazada dan Hihonor. 

Baca laporan dari majlis pelancaran Honor 9X di Malaysia untuk maklumat lanjut.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Honor 9X

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.