ULASAN : Powerbank Tronsmart Trim 18W dengan pengecasan pantas PD yang patut dimiliki pengguna iPhone
Dengan rutin harian yang semakin sibuk, memiliki satu pek bateri tambahan adalah satu kemestian yang tidak boleh anda terlepas pandang.
Pek bateri atau lebih dikenali sebagai Powerbank adalah satu keperluan yang sangat diperlukan dan perkara ini menjadi lebih penting bagi anda yang memiliki telefon pintar Apple iPhone tidak kira model atau generasi mana yang anda guna.
Walaupun hadir ke pasaran sebagai antara model telefon pintar paling mahal dipasaran, Apple sudah memang terkenal dengan sifat ‘kedekut’ apabila melibatkan kapasiti bateri yang mana masih ada model iPhone yang memiliki hanya 1/3 daripada kapasiti telefon pintar Android.
Bercakap mengenai model-model terkini iPhone iaitu seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR, Apple telah menawarkan sokongan pengecasan pantas pada telefon pintar ini namun apa yang mengecewakan disini adalah palam dan kabel yang membolehkan pengecasan ini dilakukan tidak disertakan.
Jika anda membeli produk keluaran Apple, palam pengecas pantas dan kable lightning ke USB-C akan menelan kos tambahan RM 367.
Jika palam dan kabel yang sepatutnya disertakan menelan kos sebanyak ini, pek powerbank yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas Apple sudah pasti lebih mahal.
Walaubagaimanapun, Tronsmart menawarkan anda solusi yang lebih murah bagi dilema anda dengan menawarkan satu pakej Powerbank dan kabel pengecasan lightning ke USB-C pada harga yang lebih murah.
Powerbank Tronsmart Trim PBD01 18W hadir ke pasaran sebagai Powerbank Power Delivery (PD) paling nipis didunia.
Atas ihsan Tronsmart, kami telah menerima unit reviu Powerbank Tronsmart Trim PBD01 18W 10,000mAh dan ianya turut disertakan dengan kabel pengecasan USB-C ke Lightning (dibeli berasingan).
Reka Bentuk
Bercakap mengenai reka bentuk Powerbank Tronsmart Trim 18W ini, ianya adalah powerbank yang menawarkan pengecasan PD 3.0 yang paling nipis didunia dan kami juga tidak merasakan sebarang beban yang biasa dimiliki oleh powerbank 10,000mAh dipasaran.
Dengan reka bentuk yang sangat nipis ini, membawa Powerbank Tronsmart ini ke mana sahaja menjadi lebih mudah. Powerbank Tronsmart Trim mempunyai ketabalan 11.8mm, panjang 143mm dan lebar 70mm.
Pada bahagian sisi, iaitu berdekatan dengan slot pengecasan, terdapat butang kuasa dan 4 lampu LED indikasi yang mana setiap satu lampu mewakili 25% pengecasan Powerbank ini.
Powerbank Tronsmart Trim 18W ini hadir didalam satu warna sahaja iaitu warna hitam (aluminium anod) dengan bahagian yang menempatkan slot pengecasan adalah didalam kemasan warna tembaga yang selari mengelilingi keseluruhan sisi Powerbank ini.
Bersama-sama Powerbank Tronsmart Trim 18W ini turut disertakan satu lanyard dwi-fungsi yang turut boleh berfungsi sebagai kabel pengecasan namun ianya adalah slot MicroUSB.
Jika anda menggunakan peranti Android, anda tidak perlu membeli sebarang kabel tambahan bagi membolehkan anda menikmati teknologi pengecasan pantas yang dimiliki Powerbank Tronsmart ini.
Walaubagaimanapun anda perlu membeli kabel berasingan USB-C ke Lightning jika anda memiliki peranti Apple iPhone dan Tronsmart menawarkan kabel ini pada harga yang menarik dan ianya lebih tahan lasak dari kabel rasmi yang dikeluarkan oleh Apple.
Kabel USB-C ke Lighting yang ditawarkan Tronsmart turut mendapat pensijilan aksesori rasmi Apple dan ianya hadir dengan ketahanan yang terbukti iaitu 50x ganda lebih kukuh dan telah diuji dengan hampir 50,000 bengkokan.
Kabel daripada Tronsmart ini turut dilapisi oleh nilon yang disimpul.
Kabel nilon Tronsmart Apple MFI ini ditawarkan pada harga dari RM 79 dengan dua pilihan warna iaitu hitam atau putih.
Powerbank Tronsmart ini hadir dengan tiga slot iaitu :
- Slot USB-C bagi pengecasan pantas PD yang boleh digunakan untuk mengecas peranti atau mengecas semula Powerbank ini.
- Slot USB-A yang hadir dengan bibir berwarna hijau dengan fungsi sebagai slot pengecasan sahaja
- Slot MicroUSB yang hanya menyokong input atau pengecasan Powerbank.
Powerbank Tronsmart ini juga hadir dengan teknologi VoltiQ yang mana ia akan mengesan jenis peranti anda dan menawarkan kelajuan pengecasan yang paling pantas dengan selamat.
Kelajuan pengecasan
Di atas kertas Tronsmart menjanjikan bahawa Powerbank USB 18W ini mampu mengecas Apple iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR ke tahap 50% didalam masa 30 minit sahaja dan dakwaan ini ternyata tepat.
Ketika pengecasan kami dapat merasakan pengeluaran haba dari powerbank yang pasti akan membuatkan anda tidak selesa Jika Powerbank Tronsmart ini disimpan didalam kocek.
Dari sudut positif pula, peranti yang dicaj dilihat tidak menunjukkan sebarang kepanasan yang memberikan indikasi bahawa pengecasan pantas ini menepati piawaian ketat Apple.
Antara Powerbank paling selamat dipasaran
Membeli Powerbank pasti hadir dengan persoalan yang paling mustahak iaitu adakah ianya menepati piawaian keselamatan yang boleh anda percayai.
Hasil daripada pelbagai kajian dan R&D oleh Tronsmart, Powerbank ini hadir dengan 4 perlindungan yang menjadikanya sebagai Powerbank yang selamat dan boleh dipercayai.
4 perlindungan tersebut adalah perlindungan voltan berlebihan, perlindungan arus elektrik berlebihan, perlindungan litar pintar, perlindungan suhu berlebihan.
Selain itu, keyakinan terhadap produk keluaran Tronsmart ini turut dibuktikan dengan penawaran jaminan waranti selama 18 bulan.
Kabel Tronsmart MFI USB-C ke Lightning pula hadir dengan jaminan waranti selama 24-bulan.
Harga
Powerbank Tronsmart Trim 18W ini ditawarkan pada harga RM 199 manakala kable pengecasan Tronsmart MFI pula ditawarkan pada harga RM 79 bagi 1.2 meter dan RM 89 bagi kabel 2 meter.
Dimana anda boleh beli Powerbank Tronsmart Trim 18W Type-C ke Lightning ?
Powerbank Tronsmart Trim 18W Type-C ke Lightning Ini boleh dibeli melalui stor rasmi Tronsmart Malaysia di platform e-perdagangan terkemuka di Malaysia iaitu Shopee, Lazada dan 11Street.
Berikut adalah pautan untuk ke stor atas talian rasmi Tronsmart Malaysia :