Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peraduan selfie Vivo “Hutan Kita” membolehkan anda memenangi tiket wayang dengan mudah

Vivo Hutan Kita Selfie Contest

Vivo Malaysia telah mengumumkan akan menyertai pameran “Hutan Kita” dengan kerjasama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menyokong khazanah hutan hujan Malaysia.

Pameran “Hutan Kita” dilancarkan secara rasmi di Menara Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar.

Pameran ini akan diadakan dari 24 Ogos sehingga 22 September 2019 dari 9 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

Matlamat utama pamera ini adalah memperlihatkan keistimewaan yang dimiliki oleh Hutan Hujan di Malaysia dan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi khazanah Negara ini.

Para pengunjung yang mengunjungi pamera “Hutan Kita” di Menara Kuala Lumpur ini boleh menyertai peraduan selfie di laman Facebook Vivo Malaysia (https://www.facebook.com/vivoMalaysia/posts/1412554528905402) dan berpeluang memenangi tiket wayang.

Peraduan ini akan berlangsung sepanjang pameran “Hutan Kita” berlangsung iaitu dari 22 Ogos hingga 22 September 2019.

Selain itu, Vivo juga akan mengadakan satu pertandingan fotografi mengenai khazanah hutan Malaysia didalam masa terdekat dan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diketahui di Facebook atau di laman sesawang rasmi Vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.