Huawei akan memperkenalkan Nova 5T di KLFW Malaysia pada 25 Ogos ini
Siri telefon pintar Huawei nova semenangnya sinonim dengan reka bentuk dan kualiti. Tahun ini, Huawei sekali lagi mengumumkan bahawa Huawei nova akan berkerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 sebagai rakan telefon pintat rasmi didalam satu koloborasi pertunjukan fesyen #WeAreNova yang dipamerkan di KLFW.
Apa yang menarik pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 ini adalah Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar Huawei nova 5T akan membuat penampilan istimewa.
Ianya adalah pertama kali Nova 5T dipaparkan kepada umum dan pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 akan digunakan sebagai platform untuk mempamerkan keunggulan reka bentuk dan spesifikasi telefon pintar ini.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 ini akan berlangsung dari 21 hingga 25 Ogos 2019 di Cente Court, Pavillion Kuala Lumpur.