Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo S1 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Julai ini

Vivo S1 Malaysia

Vivo S1 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia Pada 24 Julai ini

Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa Vivo S1 akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai ini.

Vivo S1 merupakan telefon pintar pertama didalam siri S yang akan ditawarkan di Malaysia dan ianya adalah berasaskan model Vivo S1 yang dilancarkan di pasaran China namun dengan spesifikasi dalaman yang berbeza.

Vivo S1 Malaysia Launch

Walaupun tidak mendedahkan sepenuhnya spesifikasi Vivo S1, Vivo S1 ini dijangka akan hadir dengan teknologi tri-kamera AI, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas Vivo Dual-Engine dan mod gaming Ultra Game Mode.

Selain iti, Vivo S1 akan turut hadir dengan reka bentuk skrin waterdrop yang mana pada takukan skrin itu ditempatkan kamera selfie 32MP yang turut mempunyai sokongan AR Beauty dan AR Stickers.

Lagi satu ciri menarik yang dimiliki oleh Vivo S1 ini adalah teknologi sensor capjari yang terbina pada skrin.

Vivo S1 ini akan dilancarkan di Malaysia didalam masa 4 hari sahaja lagi dan kami akan berada disana untuk membawakan anda semua info penting mengenai telefon pintar ini.

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.