Samsung Galaxy A80 dengan kamera berputar kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499
Samsung Galaxy A80 yang dilancarkan baru-baru ini kini telah dibuka untuk tempahan di Malaysia melalui DirectD dengan harga penjualan RM 2,499.
Samsung Galaxy A80 dengan kamera berputar kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM 2,499
Samsung Galaxy A80 ini hadir dengan teknologi kamera berputar yang turut diletakkan pada peluncur yang tersembunyi ketika tidak digunakan.
Ini bermaksud kamera Samsung Galaxy A80 ini berfungsi sebagai kamera hadapan dan kamera belakang mengikut keperluan pengguna.
Jika kamera selfie pop-up atau kamera luncur menjadi pilihan, Samsung telah memilih untuk pergi selangkah ke hadapan dengan menggabungkan mekanisma kamera luncur dan kamera berputar pada Galaxy A80.
Teknologi ini bukan lah kali pertama diperkenalkan ( masih ingat Oppo N1/N3?), namun ianya merupakan sesuatu yang pertama kali dicuba oleh Samsung.
Selain itu, Galaxy A80 juga hadir dengan skrin paparan Infinity Display Super AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci, pemproses Octa-Core, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W.
Bercakap mengenai kamera Samsung Galaxy A80 ini, ianya adalah tetapa tiga kamera dengan sensor kamera utama 48MP, sensor lensa lebar 8MP dan kamera 3D depth.
Selain itu, seperti Galaxy A50 dan Galaxy A70, Galaxy A80 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin dan OneUI berasaskan Android Pie.
Samsung Galaxy A80 ini juga memiliki reka bentuk gelas 3D dengan rangka keluli, NFC, bunyi 360 darjah Dolby Atmos dan sistem pengurusan bateri berasaskan AI.
Samsung Galaxy A80 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan emas.
Samsung Galaxy A80 dijangka mula memasuki pasaran Malaysia pada 13 Julai 2019 dan setiap pra-tempahan akan turut menerima tripod profesional, headset Bluetooth Samsung MG-920 dan botol minuman Samsung secara percuma.
Tempah Samsung Galaxy A80 melalui Directd di SINI atau kunjungi stor Directd yang berdekatan dengan anda