Samsung Galaxy S7 akan mempunyai slot microSD
Samsung Galaxy S7 yang bakal menjadi telefon pintar Samsung bagi 2016 telah hangat diperkatakan. Sebelum ini banyak khabar angin mengenai model utama Samsung ini dikeluarkan, antaranya adalah pelancaran yang lebih awal, beberapa versi yang hadir dengan pemproses yang berbeza dan banyak lagi.
Kini, satu laporan baru menyebut bahawa Samsung akan kembali memberikan pengguna kebebasan menambah kapasiti memori simpanan dalaman dengan penyertaan slot microSD.

Tidak seperti pada Galaxy S6, S6 Edge, S6 Edge+ dan Galaxy Note 5, Samsung Galaxy S7 akan hadir dengan slot microSD.
Tiada sebab kenapa Samsung memilih untuk kembali menawarkan slot microSD ini namun ianya mungkin disebabkan penjualan model-model ini yang telah merosot.
Selain itu, Laporan juga ini juga mendedahkan sedikit mengenai saiz skrin paparan yang akan dimiliki oleh Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.
Samsung Galaxy S7 akan hadir dengan skrin paparan 5.2-inci manakala S7 Edge akan memiliki skrin paparan 5.7-inci dengan skrin paparan melengkung pada kesemua sisi skrin termasuk atas dan bawah.
Selain itu, antara spesifikasi yang dijangka akan disertakan pada Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge ialah pemproses Exynos 8890 & Qualcomm Snapdragon 820, teknologi kamera BRITECELL dan 4GB RAM.
Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan diperkenalkan di MWC 2015 yang akan diadakan di Barcelona, Sepanyol pada bulan Februari tahun hadapan.