Xiaomi Redmi Note 5 akan tiba di Malaysia 24 April ini
Xiaomi Malaysia kini semakin hampir untuk menawarkan Redmi Note 5 ke pasaran tempatan dan ianya adalah antara telefon pintar yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Mi di Malaysia.
Mi Malaysia telah memuat turun teaser di laman FB mereka yang memberikan maklumat bahawa satu telefon pintar baru akan dilancarkan ke pasaran tempatan.
Selain itu, stor rasmi Mi Malaysia di Lazada juga memuat turun satu sepanduk memberikan maklumat bahawa Redmi Note 5 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi ( pada 24 April 2018).
Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan skrin paparan IPS LCD Fullview FHD+ berukuran 5.5-inci dengan resolusi 2160 x 1080, pemproses Qualcomm Snapdragon 636, tiga kapasiti RAM iaitu 3GB, 4GB dan 6GB RAM yang dipadankan dengan 32GB atau 64GB memori simpanan dalaman dan tidak bateri berkapasiti 4,000mAh.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan kamera dwi-lensa 12MP dengan aperture f/1.9 dan sensor lebar 1.4μm selain teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera kedua dibahagian belakang adalah unit 5MP.
Pada bahagian hadapan pula, Redmi Note 5 hadir dengan kamera selfie 13MP yang berlatar belakangkan AI untuk fungsi seperti mod potrait, mod kecantikan dan teknologi ‘face unlock’ yang ditambahbaik dengan AI.
Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 dengan port pengecasan micro USB.
Xiaomi Redmi Note 5 juga hadir dengan Android 8.0 Oreo yang disertakan dengan OS MIUI 9 selain sokongan Project Treble.
Berdasarkan gambar di Lazada, Xiaomi Redmi Note 5 dijagka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas.
walaupun tidak diumumkan secara rasmi, Xiaomi Redmi Note 5 dijangka akan ditawarkan pada harga seperti berikut
Xiaomi Redmi Note 5 4GB + 64GB – RM 999
Xiaomi Redmi Note 5 6GB + 64GB – RM 1,299