Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark dilancarkan secara rasmi pada harga dari RM 1,844

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar ‘gaming’ mereka melalui jenama Black Shark dan ianya hadir dengan reka bentuk yang akan memberikan pengguna prestasi permainan video terbaik dan ditawarkan sebagai pesaing kepada telefon pintar Razer Phone.

Antara spesifikasi mengagumkan yang dimiliki oleh telefon pintar Black Shark adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan Quick Charge 3.0).

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh telefon pintar Black Shark, ianya hadir dengan skrin paparan IPS LCD 18:9 berukuran 5.99-inci ( resolusi Full HD+), pemproses Snapdragon 845 dan GPU Adreno 630.

Bagi memastikan prestasi telefon pintar gaming ini yang optimum, Xiaomi turut menyertakan teknologi cecair penyejukan yang mampu menurunkan suhu CPU sebanyak 8° darjah berbanding suhu asal.

Bercakap mengenai RAM dan memori simpanan dalaman, Black Shark ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 6GB + 64GB dan 8GB + 128GB.

Cip pemprosesan imej yang digunakan adalah dibekalkan oleh MEMC yang menghasilkan warna yang lebih tepat dan prestasi yang lebih lancar.

Telefon pintar gaming Black Shark ini hadir dengan satu pembesar suara namun dengan teknologi Biso Stereo.

Telefon pintar Black Shark ini juga mempunyai rangka berbentuk X bagi memberikan cengkaman yang lebih kukuh dan rangka ini turut digunakan sebagai antenna.

Black Shark turut melancarkan pad permainan Bluetooth seperti Nintendo Switch yang mempunyai bateri berasingan berkapasiti 340mAh dan akan ditawarkan secara percuma bagi 50,000 pembeli pertama. ( harga pad permainan ini adalah CNY 179).

Black Shark juga hadir dengan sistem operasi Android Oreo dengan Joy UI.

Bercakap mengenai kamera pula, telefon pintar gaming ini memiliki tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 12MP + 20MP manakala kamera selfie adalah 20MP.

 Telefon pintar Black Shark ini hadir didalam dua warna iaitu hitam dan kelabu dengan harga penjualan seperti berikut :

Versi 6GB/64GB – CNY 2,999 – RM 1,844

Versi 8GB/128GB – CNY 3,499 – RM 2,151

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.