HONOR X9e Pro akan tiba di Malaysia pada 24 September ini – guna bateri 11,000mAh

Susulan beberapa siri teaser sebelum ini, HONOR telah mengumumkan bahawa Malaysia bakal menjadi antara pasaran terawal yang menerima HONOR X9e Pro, dengan pelancaran rasmi telah disahkan akan berlangsung pada 24 September 2026.
Meneruskan reputasi siri X sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia, HONOR X9e Pro hadir dengan peningkatan yang lebih hebat menerusi lima pencapaian No. 1, merangkumi kapasiti bateri terbesar, ketahanan terbaik, perlindungan air terbaik, paparan paling terang serta siri telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia.
Selain itu, HONOR X9e Pro meneruskan rekod kukuh siri X yang kini merupakan Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan No. 1 Terlaris di Malaysia. Setakat Mac 2026, siri ini telah mengekalkan kedudukan tersebut selama 37 bulan berturut-turut, dengan bahagian pasaran tertinggi mencecah 77%. Angka ini bersamaan lebih daripada tiga daripada setiap empat telefon pintar yang dijual dalam segmen kelas pertengahan pada kemuncaknya.
Pada suku pertama 2026, HONOR turut mencatatkan pegangan sebanyak 21% dalam keseluruhan pasaran telefon pintar Malaysia, dengan siri X menjadi antara pemacu utama kepada prestasi jenama tersebut.
Dengan pelbagai peningkatan yang lebih besar, HONOR X9e Pro dijangka meneruskan reputasi kukuh siri X sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia, di samping mengukuhkan kedudukan HONOR sebagai pilihan yang dipercayai dalam kalangan pengguna Malaysia.
Menjelang pelancarannya, HONOR turut X9e Pro akan tampil didalam empat pilihan warna yang menampilkan kemasan berimej metalik yang premium ialah Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black.
Kini, penantian hampir berakhir. Nantikan pelancaran HONOR X9e Pro secara langsung menerusi halaman Facebook Rasmi HONOR Malaysia pada jam 3:00 petang, 24 September 2026. Dalam acara tersebut, HONOR akan mendedahkan spesifikasi lengkap, harga serta pakej hadiah eksklusif untuk HONOR X9e Pro.



