Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi – mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi - mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu 1

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi - mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu 2

HUAWEI Pura90s Series kini ditawarkan didalam dua model untuk pasaran Malaysia iaitu Pura90s Pro dan Pura90s Pro Max.

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi - mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu 3

HUAWEI Pura90s Pro

HUAWEI Pura90s Pro hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.80-inci dengan resolusi FHD+. Ianya turut dikuasakan dengan cip Kirin 9030S bersama 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, HUAWEI Pura90s Pro hadir dengan Ultra Lighting Camera 50MP yang menggunakan sensor 1/1.28-inci, apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0, OIS serta 10-size Adjustable Physical Aperture seperti pada Pura90s Pro Max. Ia dipasangkan dengan Ultra Lighting Macro Telephoto Camera 50MP yang menawarkan 4x zum optik, apertur f/2.1, OIS serta keupayaan memfokus seawal 5cm. Turut melengkapkan sistem kamera ialah Ultra Wide Angle Camera 12.5MP (f/2.2) serta True-to-Colour Camera 2.0. Pura90s Pro juga memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 66W serta pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi - mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu 4

HUAWEI Pura90s Pro Max

HUAWEI Pura90s Pro Max hadir dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.83-inci dengan resolusi FHD+, cip Kirin 9030S bersama 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Ianya juga memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan pantas tanpa wayar 80W.

Huawei terus meneroka teknologi dalam fotografi, Pura90s Pro Max hadir dengan 200MP Ultra Large Sensor Telephoto Camera yang menggunakan sensor 1/1.28-inci, apertur f/2.6, teknologi RYYB serta 4x zum optik bagi menghasilkan imej yang lebih tajam dan terperinci walaupun pada jarak jauh. Kamera ini turut dipadankan dengan Ultra Lighting HDR Camera 50MP yang menggunakan sensor 1/1.28-inci, apertur boleh ubah f/1.4-f/4.0, OIS dan 10-size Adjustable Physical Aperture. Sensor lain di bahagian belakang ialah Ultra Wide Angle Camera 40MP (f/2.2) bersama True-to-Colour Camera 2.0 bagi memastikan warna yang dihasilkan lebih tepat dan semula jadi.

HUAWEI Pura90s Series kini rasmi - mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan termaju dan reka bentuk baharu 5

HUAWEI Pura90s Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,999 bagi varian 12GB+512GB, manakala HUAWEI Pura90s Pro Max pula ditawarkan pada harga RM4,899 bagi varian 12GB+512GB.

Sempena tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM400, menjadikan harga selepas rebat serendah RM3,699 untuk HUAWEI Pura90s Pro dan RM4,499 untuk HUAWEI Pura90s Pro Max.

Selain itu, pelanggan yang membuat pra-tempahan HUAWEI Pura90s Series turut akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076, termasuk rebat sehingga RM400, Mystery Gift bernilai RM999, serta Premium Services bernilai RM1,677.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.