Miliki HONOR Magic V6 Ultra Tahan Lasak Serendah RM95/Bulan Telco Terpilih

Rakyat Malaysia kini boleh memiliki HONOR Magic V6, varian 16GB + 512GB melalui beberapa syarikat telekomunikasi yang menawarkan telefon pintar flagship ini dengan pelan pascabayar menarik bermula dari serendah RM95 sebulan daripada CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.
Dapatkan HONOR Magic V6 dari RM147 sebulan bersama CelcomDigi
HONOR Magic V6 kini boleh didapati menerusi pelan pascabayar CelcomDigi One bermula serendah RM147 sebulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi CelcomDigi.
Miliki HONOR Magic V6 dari RM155 sebulan bersama Maxis Postpaid
Dengan Maxis Postpaid, HONOR Magic V6 boleh dimiliki bermula RM155 sebulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran menarik ini, kunjungi laman web rasmi Maxis.
Nikmati tawaran HONOR Magic V6 bersama U Mobile
Dapatkan HONOR Magic V6 bersama U Mobile daripada RM166 sebulan menerusi pelan ULTRA Family! Pelanggan boleh menikmati penjimatan lebih besar dengan pelan pascabayar bulanan pilihan mereka tanpa bayaran pendahuluan. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman web rasmi U Mobile.
Hanya RM95 sebulan untuk memiliki HONOR Magic V6 bersama Yes!
Bersama Yes, HONOR Magic V6 boleh dimiliki serendah RM95 sebulan dengan pelan Infinite+ Ultra Postpaid. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini, layari laman web rasmi Yes.
HONOR Magic V6 telah mencetuskan fenomena dalam pasaran Malaysia dengan menarik perhatian pengguna menerusi ketahanan bertaraf rekod, bateri terbesar dalam kelasnya, serta pemproses flagship Snapdragon. Dilengkapi dengan keupayaan multitugas AI yang canggih dan sambungan terbaik dalam industri bersama peranti Apple, ia tampil sebagai salah satu telefon lipat premium yang paling mendapat permintaan.
Selain pakej telco, HONOR Magic V6 turut boleh dibeli di HONOR Experience Stores terdekat, kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia, serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan juga boleh mendapatkan peranti ini menerusi rakan niaga sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
HONOR Magic V6 kini tersedia dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. HONOR Magic V6 ini hadir dengan dua pilihan storan iaitu versi 16GB RAM + 512GB ROM pada harga RM7,699 dan versi 16GB RAM + 1TB ROM yang ditawarkan pada harga RM8,899.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V6, layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/.





