Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V6 kini rasmi – foldable pertama dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69

HONOR Magic V6 kini rasmi - foldable pertama dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69 1

HONOR Magic V6 kini rasmi - foldable pertama dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan foldable terbaharunya iaitu HONOR Magic V6 di MWC 2026.

Ia merupakan satu pencapaian penting bukan sahaja untuk HONOR tetapi juga untuk industri foldable secara umum, kerana Magic V6 adalah foldable pertama menawarkan perlindungan kemasukan air dan habuk IP68 dan IP69.

Selain itu, Magic V6 juga dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, sistem triple kamera dengan periskop zoom optik 3x  serta bateri Si-C 6,660mAh yang dinaik taraf.

HONOR Magic V6 kini rasmi - foldable pertama dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69 3

Dari sudut kejuruteraan, Magic V6 merupakan foldable paling tahan lasak yang pernah dihasilkan HONOR. Ia menggunakan Super Steel Hinge baharu yang diperbuat daripada keluli komersial paling kuat, dan telah diuji sehingga 500,000 kali lipatan dan bukaan di makmal dalaman HONOR.

Walaupun ketahanannya dipertingkatkan, Magic V6 masih kekal nipis dan ringan. Ia mempunyai ketebalan 8.75mm apabila dilipat, sama seperti iPhone 17 Pro Max, tetapi lebih ringan pada 219 gram bagi model warna White. Apabila dibuka, ketebalannya hanya 4mm.

Seterusnya, HONOR Magic V6 hadir dengan skrin utama LTPO 2.0 AMOLED berukuran 7.95 -inci beresolusi 2,172 x 2,352 piksel dan kadar segar semula  1-120Hz. Ia menggunakan lapisan kaca ultra-nipis (UTG) yang diperkukuh serta lekukan kedalaman lipatan sebanyak 44%, menjadikan lipatan skrin kurang ketara berbanding generasi sebelumnya. Honor turut menambah lapisan anti-pantulan baharu manakala kecerahan maksima kini mencecah 5,000 nits.

HONOR Magic V6 kini rasmi - foldable pertama dengan penarafan kalis air dan debu IP68 & IP69 4

Dalam pada itu, skrin luaran Magic V6 adalah bersaiz 6.52 m-inci dengan teknologi LTPO 2.0 yang sama, resolusi FHD+, kadar penyegaran 1-120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6,000 nits. Kedua-dua skrin dalaman dan luaran menyokong input stylus serta dilengkapi kamera swafoto 20MP.

Chipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 pada HONOR Magic V6 digabungkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.1.

Di bahagian kamera, HONOR Magic V6 masih mengekalkan sistem triple kamera dengan sensor utama 50MP f/1.6 dengan OIS. Ia dipadankan dengan lensa telefoto periskop 64MP (bersamaan 70mm, sensor 1/2”) yang menawarkan 3x zoom optikal. Lensa ketiga ialah sensor ultra lebar 50MP.

Dari segi perisian, Magic V6 hadir dengan MagicOS 10 yang berasaskan Android 16, ianya juga hadir dengan jaminan 7 kemas kini Android . HONOR juga memperkenalkan fungsi merentas platform yang dipertingkatkan untuk peranti Apple. Honor Connect kini menyokong penyegerakan notifikasi dua hala antara Magic V6 dan peranti iPhone, iPad dan Apple Watch.

Akhir sekali, HONOR Magic V6 juga dilengkapi bateri Si-C berkapasiti 6,660mAh dengan kandungan silikon 25% dan ketumpatan tenaga 921Wh/L. Ianya turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas 80W yang lebih pantas serta pengecasan tanpa wayar 66W dan pengecasan tanpa wayar terbalik.

Honor Magic V6 akan ditawarkan dalam warna Merah, Emas, Putih dan Hitam namun harga tidak diumumkan buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.