Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 1

_cuva

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 2

Xiaomi baru sahaja melancarkan REDMI Note 15 Series ke pasaran Malaysia yang menjadi model pertama syarikat ini bagi tahun 2026.

Pelancaran REDMI Note 15 Series adalah bertunjangkan tiga prinsip utama iaitu ketahanan bertahun-tahun, rekaan sesuai untuk kegunaan harian dan ketenangan minda melalui liputan waranti yang lebih lama.

Jom kita lihat apa yang menjadikan REDMI Note 15 Pro 5G sebagai telefon pintar pilihan pengguna.

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 3

Ketahanan Tahap Titan 

REDMI Note 15 Pro 5G direka untuk melalui cabaran kehidupan harian dimana panel belakang telefon pintar ini diperbuat daripada gentian kaca berketahanan tinggi dengan rintangan hentakan 10 kali ganda lebih baik. Lapisan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang digunakan ini mampu menahan impak jatuhan dari ketinggian sehingga 2.5 meter.

Selain itu, ketahanan REDMI Note 15 Pro 5G juga telah membolehkan telefon pintar ini dengan bangganya menerima pensijilan SGS Premium Performance – 5 bintang untuk rintangan jatuh, tekanan (crush) dan lenturan.

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 4
REDMI Note 15 Pro

Dalam pada itu, struktur REDMI Titan pula menampilkan papan induk (motherboard) berkekuatan tinggi serta rangka tengah yang diperkukuh untuk ketahanan dan kebolehpercayaan jangka panjang dalam kegunaan harian.

Rintangan Air yang tahan lama untuk ketenangan minda sepanjang masa

Penarafan kalis air dan debu pada telefon pintar adalah sesuatu yang biasa ditawarkan namun setiap model mempunyai kadar penarafan yang berlainan.

Sehubungan dengan itu, REDMI Note 15 Pro 5G menawarkan liputan kalis air dan debu yang paling menyeluruh dengan 4 tahap penarafan iaitu IP66/IP68/IP69/IP69K yang membolehkan telefon pintar kesayangan anda ini kekal kalis air walaupun pada kedalaman sehingga 2 meter.

Penarafan ini juga membolehkan REDMI Note 15 Pro 5G menerima satu lagi pensijilan yang pertama kali ditawarkan iaitu TÜV Smartphone Water-Resistant Endurance.

Dalam pada itu, REDMI Note 15 Pro 5G juga hadir dengan ciri Wet Touch 2.0 yang mampu mengesan kehadiran minyak, peluh dan banyak lagi untuk memastikan interaksi sentuhan pada skrin kekal lancar, tepat dan responsif.

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 5

Kebolehpercayaan yang lebih tinggi dari segi penawaran perisian

Kesemua telefon pintar REDMI Note 15 Series disahkan akan hadir dengan 4 kemaskini OS Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala Google yang mana ianya sangat jarang untuk ditawarkan pada peranti kelas midrange.

Selain penawaran perisian yang menyeluruh, REDMI Note 15 Series juga akan hadir dengan 1 + 1 tahun waranti, 4 tahun waranti bagi bateri yang melayakkan anda menerima satu penggantian bateri percuma jika tahap kesihatan bateri jatuh ke tahap dibawah 80% didalam masa 4 tahun dan 2 tahun liputan waranti bagi skrin, kerosakkan disebabkan air dan pembaikan panel belakang (satu kali tuntutan sahaja).

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 6

Bateri tahan lama yang mampu menyokong rutin harian anda

REDMI Note 15 Pro 5G menampilkan bateri berkapasiti 6,580mAh yang merupakan bateri jenis silikon karbon dengan jaminan kesihatan bateri kekal melebihi 80% atau lebih walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan yang bersamaan dengan 6 tahun penggunaan. Bagaimana jika bateri REDMI Note 15 Pro 5G anda jatuh ke paras dibawah 80%?, Anda tidak perlu gusar kerana Xiaomi komited untuk menawarkan gantian bateri secara percuma selama 4 tahun dari pembelian. Nikmati prestasi optimum lebih lama, tanpa sebarang kos tambahan.

Bercakap mengenai pengecasan pantas pula, REDMI Note 15 Pro 5G akan menyokong pengecasan pantas 45W Turbo Charging dan 22.5W Reverse Charging untuk pengecasan yang lebih pantas dan efisien.

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 7

Sistem kamera dengan kejelasan maksimum

Sistem kamera REDMI Note 15 Pro 5G kini telah dinaiktaraf kepada sensor 200MP untuk memberikan pengguna pakej kamera terbaik yang pernah ditawarkan pada REDMI Note Series.

Sensor 200MP yang digunakan ini adalah sensor serba baharu generasi keempat dengan sensor yang bersaiz 1/1.4″ untuk perincian imej yang belum pernah dicapai. Ianya juga memiliki 5 jarak fokus dan sehingga 4x zoom telefoto tahap optikal.

Ada ke phone mid-range yang boleh tahan 4 ke 6 tahun dengan warranty lebih setahun? Ini dia REDMI Note 15 series 8

Dengan segala ciri baharu yang dimiliki REDMI Note 15 Pro 5G, telefon pintar ini dijangka akan memberikan satu lagi alternatif berbaloi kepada pengguna yang mahu telefon pintar yang bukan hanya tahan lasak malah akan kekal berfungsi untuk tempoh yang lama.

Pra-tempah REDMI Note 15 Pro 5G Anda Sekarang!

Naik taraf pengalaman anda, pra-tempahan REDMI Note 15 Pro 5G akan bermula dari 16 hingga 21 Januari pada harga istimewa RM 1,399 sahaja bagi varian 8GB/512GB dan setiap pembelian didalam tempoh ini akan turut menerima REDMI Pad SE 8.7” (termasuk Cover) bernilai RM 748.

🛒 Dapatkan REDMI Note 15 Pro 5G di Xiaomi Store, mi.com, Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.