OPPO Reno15 F 5G kini rasmi dengan bateri 7,000mAh – harga dari RM 1,499
Selain OPPO Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G, OPPO turut memperkenalkan Reno15 F 5G yang tampil pada harga yang lebih berpatutan.
OPPO Reno15 F 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.57-inci dan dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 bersama 8/12GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB. Ianya turut memiliki sistem operasi ColorOS 16 yang berasaskan Android 16.
Seterusnya, Reno15 F 5G hadir dengan sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor telefoto 2MP manakala kamera selfie adalah sensor ultrawide 50MP yang sama seperti pada Reno15 Pro 5G.
Beralih kepada bateri, OPPO Reno15 F 5G hadir dengan kapasiti bateri terbesar pada Reno15 Series iaitu 7,000mAh bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 80W.
Akhir sekali, OPPO Reno15 F 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Twilight Blue, Aurora Blue dan Afterglow Pink pada harga RM 1,499 bagi versi 8/256GB dan RM 1599 bagi versi 12/256GB.


