Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 15 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7000mAh

iQOO 15 Malaysia

iQOO 15 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7000mAh 1

iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship 2026 mereka iaitu iQOO 15 5G yang menjadi antara telefon pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

iQOO 15 Malaysia

iQOO 13 5G tampil dengan skrin paparan Samsung M14 AMOLED 2K berukuran 6.85-inci dengan resolusi 2K bersama kadar segar semula 1~144Hz dan kecerahan maksima 2,600nits. Ianya juga hadir dengan PWM & DC Dimming, Dolby Vision, HDR10+ dan sensor capjari ultrasonic.

Selain itu, iQOO 15 5G ini dikuasakan cipet terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5+ cip Supercomputing Q3,  16GB RAM LPDDR5X Ultra Pro dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.1.

iQOO 15 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7000mAh 2

Selain itu, iQOO 15 5G ini juga memiliki sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP IMX921 VCS True Color dengan OIS , sensor telefoto Sony 50MP IMX882  yang menawarkan , 3x zoom optikal dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP dengan sokongan mod makro dan tidak lupa juga sensor selfie 32MP.

Dalam pada itu, iQOO 15 5G hadir dengan bateri berkapasiti 7,000mAh dengan pengecasan pantas 100W, 40W pengecasan tanpa wayar, penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69, sistem penyejukan 14K Ultra VC Cooling dan Origin OS 6 yang berasaskan Android 16.

iQOO 15 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7000mAh 3

iQOO 15 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7000mAh 4

iQOO 15 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Legend dan Zen pada harga RM  3,699 bagi versi 12/256GB, RM 3,899 bagi versi 16/512GB dan RM 4,299 bagi versi 16GB/1TB.

Setiap pembelian iQOO 15 5G akan turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,370 dan terdapat juga diskaun RM 100, iQOO 15 Casing, iQOO Buds Air dan iQOO Gaming Fingersleeves.

Dapatkan iQOO 15 5G di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.