Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Google Pixel 10 Pro – Senjata Baru Google untuk Dominasi Android

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 1

_cuva

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 2

Pengenalan

Google Pixel 10 Pro telah dilancarkan baru-baru ini dan seperti generasi Pixel yang sebelum ini, Pixel 10 Pro juga tampil dengan rekaan yang hampir sama, cipset baharu, peningatkan kapasiti bateri dan paparan yang lebih cerah serta pengecasan tanpa wayar Qi2.

Memandangkan peranti Google Pixel kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia, pengguna tidak lagi perlu bergantung kepada versi import yang lebih mahal.

Selain itu, Google Pixel 10 Series terdiri daripada beberapa ahli iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold.

Ini adalah ulasan Google Pixel 10 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,499.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 3

Reka Bentuk

Rekaan Google Pixel 10 adalah secara keseluruhanya masih sama seperti generasi sebelum ini yang mana rekaan ini telah diadaptasi pada tahun 2019 pada Pixel 6 Series dan rekaan modul kamera seperti visor ini dilihat masih relevan dan moden walaupun telah beberapa tahun dipasaran.

Selain itu, Google juga masih mengekalkan perbezaan reka bentuk antara versi Pro dan non Pro dimana model Pro tampil dengan kemasan berkilau pada bingkai bersama frosted glass pada panel belakang. Ianya turut dilapisi gelas Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 4

Seterusnya, Pixel 10 Pro juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP68. Terdapat 4 pilihan warna bagi Pixel 10 Pro ini iaitu Moonstone, Jade, Porcelain dan Obsidian.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 3

Dalam pada itu, Google masih meletakkan kedudukan butang fizikal dalam keadaan yang ‘terbalik’ dimana rata-rata pengguna Android mungkin lebih biasa dengan kedudukan butang kuasa pada bahagian yang lebih dominan (bawah) diikuti butang kelantangan bunyi yang sedikit ke atas.

Lebih lanjut, Pixel 10 Pro juga memiliki sensor capjari ultrasonic terbina dalam skrin dan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi2 yang mempunyai gelung magnet adalah sesuatu yang telah lama dinanti.

Bercakap mengenai berat, penambahan kapasiti bateri dilihat secara langsung telah mempengaruhi berat Pixel 10 Pro dimana model ini adalah 8 gram (207 gram) lebih berat berbanding Pixel 9 Pro.

Secara keseluruhanya, Google Pixel 10 Pro adalah telefon pintar yang premium dan perbezaan ini pasti boleh anda rasai dari saat anda mula memegang telefon pintar ini. Penambahan Qi2 yang memiliki magnet pada panel belakang juga membuka kemungkinan untuk menggunakan aksesori yang sebelum ini hanya terhad kepada pengguna iPhone.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 6

Skrin Paparan

Google Pixel 10 Pro hadir dengan skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.3-inci dengan resolusi 1,280×2,856 piksel dan kepadatan piksel 495ppi.

Selain itu, panel ini juga menyokong kadar segar semula 1-120Hz dan terdapat sokongan HDR10+ serta kecerahan skrin yang boleh dikatakan antara yang paling cerah pernah kami lihat.

Dari segi tetapan kadar segar semula, Google tidak memberikan kebebasan penuh untuk pengguna menetapkan kadar bingkai yang sesuai kerana hanya tetapan Smooth Display ditawarkan yang bermaksud ianya menawarkan kadar sehingga 120Hz dan jika ianya ditutup, anda akan menikmati kandungan pada kadar maksima 60Hz sahaja.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 7

Dalam pada itu, Smooth Display menawarkan kadar bingkai yang dinamik dimana jika peranti tidak digunakan, ianya akan berada pada kadar 1Hz dan setiap kandungan akan disesuaikan mengikut kadar bingkai yang diperlukan.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 8

Pemproses

Pixel 10 Family masih menggunakan cipset rekaan syarikat ini sendiri yang mana tahun ini cipTensor G5 dibuat oleh TSMC dan bukan Samsung. Seperti biasa, Google tidak terlalu memperkatakan peningkatan prestasi namun CPU baru ini didakwa 34% lebih pantas berbanding Tensor G4. Untuk GPU, ia menggunakan PowerVR DXT-48-1536.

Agak mengecewakan, Pixel 10 Pro masih hadir didalam storan 128GB sebagai storan permulaan yang menggunakan UFS 3.1 manakala storan 256GB dan ke atas hadir dengan memori UFS 4.0. RAM pada semua varian adalah 16GB.

Selain itu, Pixel 10 hadir dengan Android dengan sentuhan visual dan pengalaman pengguna yang direka oleh Google sendiri. Versi OS yang digunakan ialah Android 16, dan syarikat itu menjanjikan sokongan perisian penuh selama 7 tahun yang setaraf pengeluar lain seperti Samsung dan HONOR.

Dari segi reka bentuk dan kebolehgunaan, tiada perubahan besar pada Android 16. Jika anda pernah menggunakan peranti Pixel sebelum ini, pengalaman menggunakan OS ini akan terasa sangat biasa. Hampir semua pembaharuan pada generasi kali ini adalah berkait rapat dengan AI.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa OS baharu ini tampil dengan Material 3 Expressive UI yang menawarkan animasi yang lebih dinamik dan lancar.

Beralih kepada ciri AI yang ditawarkan pada Pixel 10 Family ini, Magic Cue adalah sesuatu yang patut diberikan pujian kerana ia mampu menjejak maklumat anda merentas aplikasi dan menghubungkan semuanya untuk memberikan info yang relevan tidak kira aplikasi apa yang sedang anda gunakan.

Sebagai contoh, Magic Cue boleh memaparkan data penerbangan ketika anda sedang membuat panggilan dengan syarikat penerbangan, atau ia akan menawarkan untuk menghantar gambar yang rakan anda minta dari hujung minggu lepas melalui chat. Ia mengumpulkan maklumat daripada pelbagai aplikasi seperti Calendar, Photos, aplikasi permesejan dan sebagainya.

Terdapat juga ciri Camera Coach, yang dikuasakan  Gemini untuk pengguna yang kurang mahir mengambil gambar . Anda hanya perlu halakan telefon ke subjek dan aktifkan ciri tersebut, dan ia akan memberikan  langkah demi langkah tentang cara membingkai (frame) gambar anda.

Ciri baharu ini menyertai ciri eksklusif pada Google seperti Pixel Call Assist – Call Screen, Hold For Me, & Direct My Calls, Add Me di aplikasi Camera , Magic Eraser, Video Boost, dan banyak lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman OS pada Pixel berada pada kelas tersendiri dan setiap interaksi walaupun untuk tugas kecil ternyata sangat lancar dan ini adalah key selling point utama yang memastikan peranti Google Pixel masih relevan.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 9

Kamera

Sistem kamera Pixel 10 Pro adalah sesuatu yang diwarisi terus daripada generasi sebelumnya . Ianya adalah  tetapan tiga kamera yang sama iaitu sensor wide, sensor ultrawide dan sensor telefoto dengan 5x zoom optikal.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 10

Sensor utama Pixel 10 Pro adalah sensor 1/1.3″ yang sama saiznya seperti pada S25 Ultra namun resolusi hanya 50MP. Ianya turut memiliki aperture f/1.7 dan OIS. Sensor ultrawide pula adalah sensor 48MP dengan saiz 1/2.55″ dengan FoV 123° manakala sensor telefoto juga adalah sensor 48MP yang memberikan pretasi zoom yang ckup baik.

Dalam pada itu, Pixel 10 Pro turut mengekalkan penggunaan sensor selfie 42MP seperti pada Pixel 9 Pro dan ianya adalah kanta ultrawide 18mm.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 11

Beralih kepada kualiti gambar, gambar dari sensor utama ternyata menghasilkan imej yang mempunyai tahap kecerahan dan kualiti yang sangat tinggi. Mengambil gambar orang juga dilihat sebagai antara kekuatan sensor utama Pixel 10 Pro ini namun terdapat sedikit kesan ‘beautify’ pada wajah yang berada pada tahap boleh diterima.

Dalam pada itu, mod portrait pada Pixel 10 Pro adalah sedikit mencabar dimana hasil gambar adalah sedikit tidak konsisten dan mungkin terdapat kekaburan pada sudut tepi subjek. Mod Portrait ditawarkan pada dua kadar zoom iaitu 1x atau 3x.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 12

Seterusnya adalah hasil gambar dari sensor telefoto yang mana ianya berupaya mengambil gambar yang baik walaupun tidak setaraf sensor utama. Gambar pada 5x zoom adalah baik manakala pada 10x sudah mula kelihatan kekaburan pada imej yang diambil. Pixel 10 Pro juga menyokong sehingga 100x zoom yang mana ianya bergantung sepenuhnya kepada AI untuk anda mendapatkan hasil gambar yang elok.

Lebih lanjut, sensor telefoto kini turut menyokong pengambilan gambar jarak dekat dan kualiti gambar adalah jauh lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 47

Bateri

Pixel 10 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,870mAh iaitu 170mAh lebih besar berbanding bateri Pixel 9 Pro yang berkapasiti 4,700mAh.

Selain itu, Pixel 10 Pro menyokong pengecasan pada kadar 30W yang mana syarikat ini mendakwa bahawa ianya mampu mencapai tahap 50% didalam masa 30 minit apabila menggunakan adapter 30W dan ke atas.

Jika dibandingkan dengan kebanyakkan pengeluar pada kategori flagship, kadar pengecasan pantas yang ditawarkan Pixel 10 adalah antara yang terendah namun ianya disertakan dengan pengecasan tanpa wayar Qi2 yang memberikan kadar 15W dengan pad magnetik terbina.

ULASAN : Google Pixel 10 Pro - Senjata Baru Google untuk Dominasi Android 48

Penutup

Google Pixel 10 Pro adalah sebuah telefon pintar kelas flagship namun untuk harga yang ditawarkan, masih ada  kekurangan yang wujud pada generasi sebelum ini yang tidak diselesaikan.

Jika dahulu, kamera adalah tarikan terbesar pada peranti Pixel, kebangkitan syarikat pengeluar dari China dari aspek kamera telah menjadikan kelebihan ini tidak lagi wujud.

Dari sudut positif, Google Pixel 10 Pro menawarkan pengalaman OS terbaik yang anda boleh nikmati pada Android selain skrin yang lebih cerah dan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi2.

Google Pixel 10 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari 4,200 di stor rasmi Google Pixel di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.