Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 1

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 2

Midea Malaysia hari ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, pelancaran kebangsaan pertama seumpamanya yang diakui sebagai “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara”.

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 3

Pelancaran di seluruh negara ini merangkumi 15 kedai jenama Midea baharu, 2 Midea Pro-Shops baharu dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur yang dihiasi papan tanda yang diperbaharui, dengan kesemuanya menyumbang kepada pencapaian rekod ini.

Acara ini menggariskan pertumbuhan pantas Midea di Malaysia dimana kehadiran runcit fizikalnya berkembang serentak kepada 18 kedai dalam satu pelancaran.

Pelancaran di seluruh negara ini mencerminkan momentum kukuh yang telah kami bina sejak dari beberapa tahun lalu dan menempatkan Midea untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran perkakas rumah yang pesat berkembang di Malaysia.

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 4

Pengiktirafan Malaysia Book of Records  bagi Pelancaran Serentak Seluruh Negara

Dianjurkan serentak di seluruh Malaysia, acara yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records ini menampilkan kira detik pelancaran di seluruh negara, di mana kesemua 18 kedai merasmikan papan tanda hadapan kedai pada masa yang sama. Perasmian papan tanda tersebut disiarkan secara langsung di semua lokasi serta di laman Facebook Midea Malaysia, melambangkan perpaduan rangkaian runcit Midea yang semakin berkembang.

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 5

Memperkenalkan siri SMART MASTER: Teknologi Berasaskan AI Direka untuk Kehidupan Moden

Midea turut memperkenalkan siri produk SMART MASTER ke pasaran Malaysia, memberikan para hadirin peluang pertama untuk melihat bagaimana jenama tersebut meningkatkan pengalaman rumah terhubung dengan rangkaian penyelesaian terbaharunya.

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 6

SMART MASTER merangkumi pelbagai teknologi pintar merentasi rangkaian perkakas Midea yang direka untuk memahami dan bertindak balas melaraskan diri secara bijak melalui teknologi AI dan sensor pintar mengikut keperluan pengguna.

Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 7

Bagi melengkapkan pameran SMART MASTER, Midea turut mempersembahkan rangkaian penyelesaian inovasi rumah terkini yang meliputi pelbagai kategori termasuk:

Siri Avigator
Siri Insta-Fit Master
Set Dobi
Hud Dapur Berbentuk L MCH-90XS38 (RFID)
Hob Gas Terbina Dalam (MGH-2590GL (RFID)
Pembersih Vakum Robotik V12
Kipas Nirbilah
Secara keseluruhannya, inovasi yang dipersembahkan oleh Midea mencerminkan misinya untuk memperkasakan kehidupan pintar dengan ekosistem teknologi berpusatkan pengguna yang terhubung sepenuhnya. Daripada peralatan berkemampuan IoT yang disepadukan melalui aplikasi SmartHome, kepada sambungan RFID dan Wi-Fi yang membolehkan operasi serta automasi jarak jauh yang lancar, Midea terus giat memajukan persekitaran rumah yang mampu menyesuaikan diri secara intuitif mengikut keperluan harian pengguna.
Midea catat nama didalam Malaysia Book of Records dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea 8

Tawaran Promosi Masa Terhad

Sempena pembukaan besar-besaran 18 kedai jenama pertamanya di seluruh negara, Midea menawarkan beberapa promosi eksklusif bagi pengunjung sepanjang bulan Disember:

Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025)

Pelanggan yang membeli produk Midea terpilih antara 1 dan 31 Disember 2025 akan menerima Hadiah dengan Pembelian, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Putar & Menang (3 – 10 Disember 2025)

Dari 3 hingga 10 Disember 2025, pelanggan yang berbelanja RM288 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian akan berpeluang memenangi hadiah melalu aktiviti Putar & Menang.

Belanja & Menang (3 – 31 Disember 2025)

Pelanggan yang berbelanja RM488 dan ke atas untuk mana-mana produk Midea dalam satu resit antara 3 dan 31 Disember 2025 akan layak menyertai peraduan Belanja & Menang, dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.