Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 8 Pro Dream Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November ini

realme GT 8 Pro Dream Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November ini 1

realme GT 8 Pro Dream Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November ini 2

realme telah mengesahkan bahawa realme GT 8 Pro Dream Edition akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 24 November ini.

realme GT 8 Pro Dream Edition tampil dengan mengekalkan warna Aston Martin Racing Green sebagai warna dominan, dengan sedikit esen limau yang menonjolkan reka bentuknya. Garisan Aliran Aerodinamik diperhalusi dengan peralihan tersembunyi yang direka untuk cengkaman yang lebih mantap dan ergonomik. Di bahagian belakang, lambang perak ikonik terletak di atas cat metalik gred perlumbaan, menangkap cahaya dengan kesan hijau flip-flop yang mengalir.

Selain itu, realme GT 8 Pro Dream Edition juga didatangkan dengan panel kamera boleh tukar, yang membolehkan pengguna bertukar antara reka bentuk segi empat sama, bulatan atau robot sesuka hati.

Seterusnya, realme GT 8 Pro Dream Edition ini dikuasakan dengan pemproses dwi-Snapdragon 8 Elite 5 dan Hyper Vision AI+, termasuk ciri-ciri utama yang sama seperti realme GT 8 Pro, termasuk sistem kamera RICOH GR, bateri 7,000mAh, pengecasan ultra 120W, pengecasan tanpa wayar 50W dan  realme UI 7.0.

realme GT 8 Pro Dream Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November ini 3

Pra-tempahan untuk realme GT 8 Pro Dream Edition kini dibuka sehingga 28 November 2025 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM998, termasuk rebat RM200, realme Watch 5, jaminan lanjutan 1 tahun dan tawaran PWP bagi pembelian realme Buds Clip pada harga hanya RM299.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana realme Brand Store yang terdekat dengan mereka dan membuat deposit RM50.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.