Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 kini rasmi – tiba di Malaysia pada 5 September ini

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 kini rasmi - tiba di Malaysia pada 5 September ini 1

Samsung secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 di Malaysia dan kedua model baharu didalam Galaxy A Series akan dijual bermula 5 September ini.

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 kini rasmi - tiba di Malaysia pada 5 September ini 2

Samsung Galaxy A17 5G

Samsung Galaxy A17 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Exynos 1330 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Galaxy A17 5G memiliki tiga unit kamera dibelakang iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 5MP dan sensor makro 2MP serta kamera selfie 13MP.

Seterusnya, Galaxy A17 5G memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP54, antaramuka One UI 7, 6 tahun kemaskini Android dan keselamatan Google.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A17 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan Gray.

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 kini rasmi - tiba di Malaysia pada 5 September ini 3

Samsung Galaxy A07 LTE

Samsung Galaxy A07 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Helio G99 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Galaxy A07  memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 13MP.

Seterusnya, Galaxy A07 memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 25W, penarafan IP54, antaramuka One UI 7, 6 tahun kemaskini Android dan keselamatan Google.

Akhir sekali, Samsung Galaxy A07 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu White, Green dan Gray.

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 kini rasmi - tiba di Malaysia pada 5 September ini 4

Harga dan Promosi Jualan

Harga Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 masih belum diumumkan namun ianya dijangka akan didedahkan pada 5 September ini. Setiap pembelian akan turut menerima gandaan storan percuma, 1 tahun lanjutan waranti, adapter 25W Super Fast Charger dan PWP Galaxy Buds Core pada harga RM 129 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.