Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 1

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 2

HONOR secara rasminya telah melancarkan tablet flagship terbaru mereka di Malaysia iaitu HONOR MagicPad 3 yang tampil dengan spesifikasi premium dan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Turut serta adalah komputer riba MagicBook Art 14 2025.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 3

Selain itu, MagicPad 3 hadir dengan skrin paparan Eye Comfort 3.2K berukuran 13.3-inci yang memiliki kadar segar semula 165Hz dan turut memiliki teknologi AI Enhancement untuk warna yang lebih vibrant dan kejelasan terbaik untuk produktiviti dan hiburan.

Seperti dimaklumkan, MagicPad 3 hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM (16GB HONOR RAM Turbo) dan storan dalaman 512GB. Ianya turut hadir dengan Magic OS 9.0.1 yang berasaskan Android 15 dan sistem penyejukan HONOR Ice Cooling.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 4

Dalam pada itu, HONOR MagicPad 3 juga memiliki bateri silikon karbon berkapasiti 12,450mAh, 8 pembesar suara IMAX Enhanced yang membawakan ciri Spatial Audio, ciri AI seperti AI Writing Tools, AI Voiceprint Noise Cancellation, AI Speech to Text dan AI Meeting Minutes.

Lebih lanjut, MagicPad 3 tampil dengan rekaan yang nipis dengan ketebalan hanya 5.79mm dan berat 595 gram. Ianya juga memiliki papan kekunci Smart Touch Keyboard dan Magic-Pencil 3.

 

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 5

HONOR MagicPad 3 akan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu White dan Grey pada harga RM2,999 bersama dengan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Smart Touchpad Keyboard. Tablet ini akan tersedia di HONOR Experience Store, pengedar, saluran atas talian rasmi, dan platform e-dagang rasmi HONOR Malaysia yang sah, mulai 22 Ogos 2025.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 6

HONOR MagicBook Art 14 2025

Selain MagicPad 3, HONOR juga telah melancarkan komputer riba MagicBook Art 14 2025 yang merupakan sebuah laptop ultra-slim dengan berat hanya 1kg dan ketebalan 1cm.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 7

MagicBook Art 14 2025 memiliki paparan OLED 14.6-inci yang memiliki resolusi 3,120×2,080 (3.1K 3:2) dengan kecerahan 1600-nits dan Anti Reflective Coating. Ianya ditawarkan bersama Intel Core Ultra 7 255H (Generasi ke-2) dan kad grafik Intel Arc 140T.

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 8

Selain itu, Ianya juga memiliki 32GB RAM, 1TB storan SSD, 6 pembesar suara, bateri 60 Wh yang mampu dicaj penuh didalam masa 95 minit, kamera magnetik, sensor capjari, NFC, Bluetooth 5.1 dan Wi-Fi 6.

 

HONOR MagicPad 3 dan MagicBook 14 Art 2025 kini rasmi di Malaysia 9

HONOR MagicBook Art 14 2025 akan ditawarkan dalam dua warna  iaitu Mocha Brown dan Emerald Green bermula 22 Ogos 2025 pada harga RM5,999 . Setiap pembelian juga disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM508 iaitu langganan Microsoft 365 Personal selama setahun dan beg galas HONOR Backpack.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.