Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan – alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 1

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 2

Samsung Unpacked kali ini bukan hanya menyaksikan pelancaran Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7, syarikat ini juga mahu memberikan alternatif yang lebih berpatutan kepada pengguna dengan pelancaran Galaxy Z Flip7 FE

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 3

Samsung Galaxy Z Flip7 FR ini mengekalkan kebanyakkan spesifikasi dan rekaan seperti Galaxy Z Flip6 yang bermaksud ianya hadir skrin luar Super AMOLED berukuran 3.4-inci yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus 2. Beralih kepada skrin paparan utama, Galaxy Z Flip7 FE  ini  bersaiz 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster.

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 4

Dari segi pemproses, Samsung Galaxy Z Flip7 FE menampilkan pengunaan cip Exynos 2400, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 4.0. Ianya turut hadir dengan One UI 8 bersama Android 16 dan 7 tahun kemaskini sistem operasi dan keselamatan berkala.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy Z Flip7 FE juga hadir dengan sensor utama wide 50MP dibahagian belakang bersama satu sensor ultrawide 12MP. Kamera ini juga membawakan ciri Galaxy AI seperti AI Zoom dan Portrait Studio. Kamera selfie adalah 10MP.

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 5

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip7 FE memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W, pengecasan tanpa wayar 10W dan reverse wireless charging pada kadar 15W.

Samsung Galaxy Z Flip7 FE turut dilancarkan - alternatif kepada Galaxy Z Flip7 yang lebih murah dari RM 3,999 6

Samsung Galaxy Z Flip7 FE akan ditawarkan didalam 2 warna iaitu White dan Black dan telefon pintar disahkan akan ditawarkan secara eksklusif di atas talian pada harga RM 3,999 bagi versi 8/128GB dan RM 4,299 bagi versi 8/256GB.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 FE di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.