Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi – lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 1

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 2

Selain pelancaran Samsung Galaxy Z Series yang menyaksikan pelancaran Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip7 FE, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch8 Series.

Samsung Galaxy Watch8 Series ditawarkan didalam dua model iaitu Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 3

Samsung Galaxy Watch8

Samsung Galaxy Watch8 hadir ke pasaran sebagai generasi Galaxy Watch yang paling nipis dengan  Distinctive Cushion Design yang mengimbangi estetika dan kefungsian. Ianya akan ditawarkan didalam dua saiz jam iaitu 40mm dan 44mm masing-masing dengan paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci and 1.47-inci yang memiliki kecerahan maksima mencecah 3,000nits.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 4

Selain itu, Galaxy Watch8 memiliki pemproses 3nm Exynos W1000 bersama 2GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Seterusnya, Galaxy Watch8 40mm hadir dengan bateri 325mAh manakala Galaxy Watch 44mm pula memiliki bateri 435mAh dengan pengecasan pantas.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 5

Samsung Galaxy Watch8 Classic

Samsung Galaxy Watch8 Classic adalah model Galaxy Watch8 yang menampilkan rekaan lebih premium dimana terdapat Rotating Bezel dan Quick Button pada ukuran bersaiz 46mm.

Selain itu, Galaxy Watch8 Classic juga hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 1.34-inci dengan kecerahan sehingga 3,000nits, dual-GPS dan cipset Exynos W1000 bersama 2GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 6

Dalam pada itu, Watch8 Classic juga menampilkan bateri berkapasiti 445mAh bersama pengecasan pantas.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 7

Ciri-ciri Galaxy Watch8 Series

Antara ciri yang ditawarkan pada Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic adalah ciri indeks antioksidan – ukur tahap karotenoid yang disimpan dalam kulit anda – jam tangan pertama dunia untuk mengukur karotenoid dalam 5 saat, Running Coach, Bedtime Guidance, Vascular Load, High Stress Alert, Mindfulness Tracker dan Energy Score.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 8

Seterusnya, Galaxy Watch Series ini juga hadir dengan   One UI 8 Watch yang berasaskan Wear OS 6 yang turut menjadikanya jam tangan pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan Google Gemini yang mampu menerima arahan seperti memulakan aktiviti larian untuk 30 minit dan banyak lagi.

Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic kini rasmi - lebih ringan dengan fungsi bacaan karotenoid 9

Dalam pada itu, Galaxy Watch8 Series berkongsi kebanyakkan sensor yang sama seperti Samsung BioActive Sensor (Optical Bio-signal Sensor + Electrical Heart Signal + Bioelectrical Impedance Analysis), Temperature Sensor, Accelerometer, Barometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Light Sensor dan 3D Hall sensor (hanya pada Watch8 Classic).

Akhir sekali, Galaxy Watch8 Series juga hadir dengan penarafan kalis air 5ATM + IP68 / MIL-STD-810H (gred industri ketenteraan)

Harga Jualan di Malaysia

Model

Connectivity

Colour

RRP

Galaxy Watch8 (44mm)

WiFi

Graphite

RM1,399

Silver

RM1,399

WiFi + LTE

Graphite

RM1,699

Silver

RM1,699

Galaxy Watch8 (40mm)

WiFi

Graphite

RM1,299

Silver

RM1,299

WiFi + LTE

Graphite

RM1,599

Silver

RM1,599

Galaxy Watch8 Classic (46mm)

WiFi

Black

RM1,799

White

RM1,799

WiFi + LTE

Black

RM2,099

White

RM2,099

Galaxy Watch Ultra (2025)

WiFi + LTE

Titanium Blue

RM3,399

Titanium Gray

RM3,399

Titanium Silver

RM3,399

Titanium White

RM3,399

Samsung Galaxy Watch8 Series kini dibuka untuk pra-tempahan dengan jualan rasmi akan bermula dari 25 Julai 2025.

Dapatkan Galaxy Watch8 di SINI

Dapatkan Galaxy Watch8 Classic di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.