Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold7 – lebih nipis, ringan dan kamera kelas flagship
Samsung baru sahaja memperkenalkan Galaxy Z Series di Unpacked yang sedang berlangsung dan bintang utama pada pelancaran ini sudah pastinya Samsung Galaxy Z Fold7.
Perjalanan menuju kemuncak bagi Samsung tidak semudah yang disangka khususnya selepas kegagalan Galaxy Fold namun selang 7 generasi, Galaxy Z Fold7 hadir sebagai generasi telefon pintar boleh lipat Fold terbaik dan ada sebab munasabah kenapa kami berkata sedemikian.
Jom kita lihat pandang pertama Galaxy Z Fold7 yang telah dilancarkan secara rasmi sebentar tadi…
Galaxy Z Fold ternipis didalam sejarah, ringan namun lebih kukuh
Samsung Galaxy Z Fold7 merupakan telefon pintar boleh lipat ternipis yang pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dimana ianya memiliki ketebalan sekitar 4.2mm ketika liptan dibuka atau 8.2mm ketika dilipat.
Ini menjadikan Galaxy Z Fold7 adalah 26% lebih nipis berbanding Galaxy Z Fold6 dengan berat 215 gram sahaja yang turut menyumbang kepada pengurangan sebanyak 24 gram.
Tunjang kepada keutuhan Galaxy Z Fold7 adalah Armor FlexHinge yang lebih kukuh bersama kerangakan Titanium gred 4.
Skrin paparan lebih besar
Samsung Galaxy Z Fold7 mungkin tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan, namun main screen telefon pintar boleh lipat ini adalah lebih besar iaitu 8.0-inci yang bermaksud panel Dynamic AMOLED 2x ini adalah 11% lebih besar berbanding skrin utama Galaxy Z Fold6.
Selain itu, crease atau lekukan pada skrin juga telah ditambahbaik dimana ianya sudah hampir hampir tidak kelihatan namun penggunaan yang lebih lama diperlukan untuk penilaian ini.
Snapdragon 8 Elite for Galaxy
Snapdragon 8 Elite for Galaxy sekali lagi diberi kepercayaan untuk menguasakan foldable terbaru syarikat ini dan Z Fold7 menjadi satu-satunya model Galaxy Z Series untuk menggunakan cipset Qualcomm.
Selain Snapdragon 8 Elite, Galaxy Z Fold7 juga hadir dengan One UI 8 bersama Android 16 serta sehingga 7 tahun kemaskini OS Android dan keselematan Google. Tidak lupa juga Galaxy AI kini tampil dengan pelbagai penambahbaikan seperti side by side editing, audio eraser dan banyak lagi.
Sistem Kamera Flaghsip 200MP
Selepas 7 generasi, Samsung kini boleh berbangga dengan sistem kamera yang dimiliki oleh generasi terbaru Galaxy Z Fold7. Ianya mewarisi sensor 200MP yang digunakan pada Galaxy S25 Ultra dan hasil gambar yang diperoleh akan membuktikan segala statistik yang kami berikan.
Bersama sensor 200MP ini adalah sensor telefoto 10MP yang memiliki 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 12MP. Kamera selfie pula kini adalah dua unit 10MP dengan 100° FoV masing-masing pada cover screen dan main screen.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold7 sekarang!
Samsung Galaxy Z Fold7 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Blue Shadow, Jet Black dan Silver Shadow manakala warna eksklusif Samsung.com adalah Mint.
Samsung Galaxy Z Fold7 akan ditawarkan pada harga RM 7,799 bagi versi 12/256GB dan RM 8,399 bagi versi 12/512GB dan RM 9,899 bagi versi 16/1TB.
Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold7 kini telah dibuka mulai sekarang sehingga 31 Julai manakala jualan rasmi akan bermula pada 1 Ogos 2025.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold7 di SINI








