Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia – dari RM 219

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 1

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 2

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan pelancaran jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi Smart Band 10 di Malaysia.

Xiaomi Smart Band 10 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.72-inci dengan bezel simetri 2mm dan kecerahan maksima mencecah 1500nits. Ianya juga tampil dengan pelbagai jenis tali untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna.

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 3

Xiaomi Smart Band 10 memiliki sokongan bagi lebih 150 mod kecergasa yang termasuk pengesanan automatik bagi 6 aktiviti dan metrik tambahan seperti VO₂ max, training load dan recovery time.

Selain itu, mod renang juga dipertingkatkan dengan pemantauan kadar denyutan jantung berketepatan tinggi  dengan 9-axis motion sensor dan penarafan kali air 5ATM.

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 4

Untuk rehat dan pemulihan, Xiaomi Smart Band 10 menawarkan pengurusan tidur profesional selain memberikan  panduan yang diperibadikan berdasarkan cerapan ini, membantu memperbaik tabiat tidur. Dengan kerjasama World Sleep Society, the Asian Society of Sleep Medicine, dan the Chinese Sleep Research Society, Xiaomi telah memperkenalkan program penambahbaikan tidur profesional selama 21 hari yang pertama.

Selain kecergasan,  Xiaomi Smart Band 10 boleh digunakan dengan lancar bersama telefon pintar, tablet dan fon telinga Xiaomi yang didayakan Xiaomi HyperOS 2 melalui Xiaomi Smart Hub.

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 5

Disokong oleh bateri 233mAh, Xiaomi Smart Band 10 menyampaikan sehingga 21 hari penggunaan biasa, atau 9 hari dengan Paparan Always-On dan boleh dicaj penuh   dalam masa sejam. Dengan lebih 200 muka jam, termasuk lima permainan mini interaktif.

Xiaomi Smart Band 10 kini rasmi di Malaysia - dari RM 219 6

Xiaomi Smart Band 10 akan ditawarkan didalam warna Midnight Black, Glacier Silver, Mystic Rose, manakal Ceramic Edition akan hadir dengan tali Pearl White. Jualan kini bermula dengan harga promosi terhad sehingga 31 Julai 2025.

Xiaomi Smart Band 10 – RM 179 (RRP 219)

Xiaomi Smart Band 10 (Ceramic Edition) – RM 249 (RRP RM 299)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.