Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 1

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 2HONOR 400 Lite

HONOR telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar baharu akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu HONOR 400 Series dan model pertama yang akan dilancarkan didalam keluarga ini adalah HONOR 400 Lite.

HONOR 400 Lite akan menampilkan AI Button pada sisi kerangka dan ianya akan menawarkan fungsi yang sama seperti Apple iPhone namun pada harga yang lebih mesra poket dan mudah diakses oleh pengguna tempatan.

Jom kita lihat apa ciri premium yang ditawarkan pada HONOR 400 Lite yang setaraf iPhone namun pada harga berpatutan.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 3

Camera Control – Ambil gambar dengan pantas, zoom dan fokus hanya pada satu butang.

HONOR 400 Lite menampilkan sebuah butang yang dikenali sebagai Camera Control pada sisi peranti yang mana ianya boleh digunakan untuk mengaktifkan kamera ketika telefon pintar dipegang pada mod lanskap. Ini memudahkan anda mengambil gambar tanpa memerlukan anda menyentuh skrin dan ianya juga boleh digunakan untuk fokus, zoom dan menukar ke mod rakaman video.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 4

Untuk melancarkan kamera, tekan butang Camera Control, tekan dengan pantas untuk ambil gambar, tekan untuk beberapa saat untuk memulakan rakaman video dan slide pada Camera Control untuk membuat zoom.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 5

Smart Vision (Google Lens)

Butang Camera Control juga boleh digunakan untuk mengaktifkan Smart Vision dan ianya menawarkan beberapa mod seperti berikut :

Search Mode – ambil gambar foto kucing, tumbuhan atau bangunan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Untuk membeli-belah, gunakan Lens untuk mengambil gambar beg tangan atau kasut untuk mendapatkan harga dan pautan ke stor dalam talian.

Homework Mode – Tangkap foto soalan atau sejarah matematik, kimia dan biologi untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian langkah demi langkah daripada Google.

Translate Mode – Pilih bahasa pilihan anda. Kemudian imbas perenggan atau baris perkataan dalam bahasa asing untuk menterjemah teks dalam secara langsung ke  bahasa pilihan anda.

Tekan dan ‘hold’ butang Camera Control untuk mengaktifkan Google Lens.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 6

Google Gemini (Power Button)

Gemini membantu pengguna pada tugas seperti belajar, menulis e-mel dan merancang acara berdasarkan teks, suara, foto dan kamera.

Pengguna juga boleh mengakses aplikasi Google seperti Maps, YouTube, Flights dan Hotel untuk akses mudah kepada semua maklumat yang anda perlu.

Gunakan Gemini Live untuk sumbang saran idea, memudahkan topik yang rumit dan berlatih detik-detik penting dengan respons secara langsung.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 7

Reka Bentuk

HONOR 400 bukan sahaja menawarkan ciri premium seperti Apple, ianya juga hadir dengan rekaan yang menarik bersama modul kamera geometrik pada bahagian belakang.

Ianya tampil didalam dua warna menarik iaitu Velvet Grey dan Marrs Green.

HONOR mengacah AI Camera Button pada telefon pintar Lite sementara pengguna Apple bayar harga premium 8

Ciri AI yang lain

HONOR 400 Lite juga membawakan pelbagai ciri AI seperti Eraser, Al Outpainting, Face-to-Face Translate, Magic Portal dan Circle to Search.

Selain ciri-ciri di atas, HONOR 400 Lite juga dijangka akan tampil dengan spesifikasi kamera yang premium, skrin paparan dan bateri juga telah diberikan penambahbaikan.

Nantikan ulasan penuh HONOR 400 Lite yang akan diterbitkan pada 25 April ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.