Samsung Galaxy Ring kini rasmi di Malaysia – cincin kecergasan Galaxy berharga RM 2,099

Galaxy Ring merupakan satu peranti kesihatan daripada Samsung yang telah dilancarkan di Galaxy Unpacked pada bulan Julai yang lalu.
Berita baik bagi peminat Samsung Galaxy Ring, jam kecergasan ini kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada harga RM 2,099.
Samsung Galaxy Ring ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titaniu. Black, Titanium Silver dan Titanium Gold. Ianya tersedia dalam saiz cincin 5-13 yang semuanya diperbuat daripada aloi titanium gred 5. Reka bentuk cincin adalah seperti cincin biasa dengan sisi meruncing ke tengah. Semua sensor kesihatan, bateri dan pin pengecasan berada di bahagian dalam dan dilapis salutan resin epoksi.
Selain itu, Galaxy Ring juga memiliki penarafan IP68 dan kalis air 10ATM yang bermaksud anda boleh memakainya dalam semua keadaan cuaca dan juga semasa sesi berenang. Saiz 5 Galaxy Ring mempunyai ukuran 7.0 mm x 2.6 mm dan berat hanya 2.3 gram manakala saiz 13 adalah sekitar 3 gram.
Dalam pada itu, Samsung akan menghantar kit saiz percuma dengan setiap pesanan Galaxy Ring dan anda kemudian dinasihatkan untuk memakai sampel pada jari anda selama sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mengesahkan saiz pilihan anda. Anda juga boleh mencuba cincin saiz berbeza di Samsung Experince Store yang terpilih dan memuktamadkan saiz cincin yang betul.
Seterusnya, Galaxy Ring disambungkan melalui Bluetooth LE 5.4 dan akan memerlukan telefon pintar yang menjalankan Android 11 dan pengguna tidak perlu membeli sebarang langganan tambahan untuk mengakses data kesihatan dan aktiviti mereka.
Lebih lanjut, Galaxy Ring juga menyokong kawalan gerak isyarat ‘knuckle’ . Anda boleh mengetik ibu jari dan jari telunjuk anda semasa memakai cincin untuk mengawal telefon pintar Galaxy anda dengan keupayaan untuk mengambil gambar atau mematikan penggera. Ia juga boleh digunakan dengan Samsung Find dan boleh menggunakan lampu LED terbina dalamnya untuk berkelip apabila hilang.
Disebabkan ini dan untuk bacaan kesihatan yang lebih tepat, Samsung mencadangkan anda memakai Galaxy Ring di jari telunjuk atau jari tengah.
Tambahan lagi, Galaxy Ring juga mengukur metrik kesihatan anda termasuk kadar denyutan jantung melalui penderia PPG optikal dan suhu kulit .
Samsung juga menyertakan penjejakan tidur dengan Galaxy Ring yang menjadikannya selesa untuk dipakai 24/7. Penjejakan tidur Galaxy Ring menampilkan skor tidur aktif dengan analisis dengkuran dan metrik tambahan seperti pergerakan semasa tidur, kependaman tidur, kadar jantung dan pernafasan.
Seterusnya, Galaxy Rings bersaiz lebih kecil (saiz 5-7) menampilkan sel bateri 17 mAh yang memberikan sehingga 6 hari penggunaan dengan sekali cas. Saiz 8-11 pula hadir dengan bateri 18 mAh yang memberikan penggunaan sehingga 6 hari manakala model saiz 12 dan 13 menampilkan bateri 22.5 mAh dengan 7 hari penggunaan.
Bercakap tentang pengecasan, Galaxy Ring mempunyai bekas pengecasan yang mempunyai bateri 361 mAh yang menawarkan sehingga 20 kitaran pengecasan penuh untuk saiz cincin yang lebih kecil.
Samsung Galaxy Ring akan ditawarkan pada harga RM 2,099 dan ianya akan di jual pada konsep ‘made to order’ yang mana anda perlu membuat tempahan bagi Galaxy Ring pilihan anda dan mengambil masa sekitar 6 minggu untuk disiapkan.
Samsung Galaxy Ring akan ditawarkan melalui kod pembelian istimewa yang boleh di tebus di aplikasi Samsung Members. Untuk panduan lengkap sila klik pada artikel dibawah :