Pandang Pertama : Samsung Galaxy Ring – Cincin Kecergasan Dunia Galaxy

Galaxy Ring, satu kategori produk baharu daripada Samsung yang ingin mengubah bagaimana parameter kesihatan diukur.
Umum diketahui bahawa jam tangan pintar adalah peranti kebiasaanya digunakan untuk mengukur kadar kecergasan seseorang yang termasuk peranti yang memberikan laporan kesihatan pengguna dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, Galaxy Ring kini telah tiba di Malaysia mempunyai keunikanya yang tersendiri dan kita sedikit sebanyak akan mengupas kelebihan cincin kecergasan pintar ini.
Binaan Titanium – Ringan sampai lupa pakai ke tak!
Samsung Galaxy Ring ini diperbuat daripada kerangka Titanium yang dipadan dengan tiga warna iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold.
Apa yang menakjubkan adalah bagaimana Samsung berjaya menempatkan pelbagai sensor penting ke daalam sebuah produk yang sangat kecil seperti Galaxy Ring ini.
Selain itu, Galaxy Ring ini adalah sangat ringan dimana anda pasti terlupa memakainya semula jika anda menanggalkanya dan aplikasi Samsung Find memudahkan pencarian dilakukan.
Kalis Air dan habuk IP68
Samsung Galaxy Ring amatlah sesuai untuk dipakai sepanjang masa dengan penarafan kalis dan habuk IP68. Ianya juga telah disahkan mampu kekal kalis air sehingga ke kedalaman 100 meter yang bermaksud ianya boleh dipakai untuk semua aktiviti air termasuk berenang.
Jangka hayat bateri sehingga 7 hari
Galaxy Ring menawarkan sehingga 7 hari jangka hayat bateri namun ianya juga bergantung kepada saiz cincin anda. Kapasiti bateri pada Galaxy Ring adalah berbeza mengikut saiz dan ini turut memberi kesan kepada jangka hayat bateri.
Bekas pengecasan mempunyai bateri berkapasiti 361mAh dan anda boleh mengecas Galaxy Ring anda ke tahap 40% didalam masa 30 minit sahaja.
Ciri Double Pinch
Samsung Galaxy Ring memiliki ciri double pinch yang mana ketikan ibu jari dengan jari telunjuk atau jari tengah boleh ditetapkan untuk mengambil gambar pada aplikasi kamera atau mematikan jam penggera.
Buat masa ini ciri Double Pinch pada Galaxy Ring agak terhad namun ianya mungkin boleh diperluaskan kepada ciri seperti menjawab panggilan atau menukar muzik apabila diguna bersama Galaxy Buds Series.
Samsung Health: Kesihatan Lebih Pintar dengan Cerapan Dikuasakan AI
Samsung Health ialah hab yang menjana pengalaman Galaxy Ring, memberikan pengguna pandangan menyeluruh tentang kesihatan mereka. Daripada tenaga harian kepada penjejakan kesihatan wanita, pengguna boleh memanfaatkan pengesyoran berkuasa AI Galaxy untuk meningkatkan kesejahteraan mereka:
Galaxy Health memberikan anda bacaan Energy Score, Wellness tips, Cycle Tracking, Cycle Tracking, Sleep Insights, Mindfulness Tracker dan setiap langkah yang diambil oleh anda secara automatik.
Dapatkan Samsung Galaxy Ring anda sekarang!!
Samsung Galaxy Ring akan ditawarkan pada harga RM 2,099 didalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold dan terdapat 9 saiz yang ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.
Untuk masa terhad sahaja, dari 9 April hingga 30 April 2025, Samsung Malaysia menawarkan peluang kepada pengguna Siri Galaxy Z dan Siri S yang terpilih untuk membeli satu unit Galaxy Ring. Setiap Galaxy Ring ini perlu disesuaikan dengan saiz jari unik pengguna, menawarkan kesesuaian tepat yang melengkapkan gaya hidup mereka.
Ikuti langkah ini untuk pengalaman saiz dan pesanan yang lancar:
1. Dapatkan kod jemputan anda daripada aplikasi Samsung Members
- Buka aplikasi Samsung Members pada peranti anda, klik pada bahagian benefit, dan ketik pada sepanduk Galaxy Ring untuk mendapatkan kod jemputan anda. Setelah diperoleh , kod jemputan akan disimpan dalam bahagian “Kupon Saya” anda sehingga anda bersedia untuk membuat pembelian anda
2. Lawati Samsung Experience Store berdekatan anda,
terokai dan cuba sendiri pengalaman memakai Galaxy Ring dengan bantuan pembantu jualan Samsung.
3. Cari kesesuaian dan warna ideal anda
- Cuba Galaxy Ring yang tersedia di stor. *Nota: Untuk pengalaman yang paling intuitif, Samsung mengesyorkan agar anda memakai cincin pada jari telunjuk atau tengah anda—sesuai untuk mengakses ciri seperti gerak isyarat dua kali cubitan (double pinch) untuk mematikan penggera atau menangkap foto pada peranti Galaxy anda.
4. Lengkapkan pembelian anda
- Setelah berpuas hati dengan saiz dan warna anda, anda boleh meneruskan pembayaran melalui www.samsung.com/my/multistore/my_ea_esh/ dalam apl Ahli Samsung. * Nota: Sila berikan anggaran enam minggu untuk Galaxy Ring anda dibuat dan dihantar kepada anda.
Bagi yang memilih untuk membeli di stor, hanya pergi ke Kedai Pengalaman Samsung terdekat anda dan tunjukkan kod jemputan anda kepada pembantu jualan kami.
Sila layari www.samsung.com/my/offer/galaxy-ring/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Galaxy Ring.
Rujuk senarai model yang mengambil bahagian bagi siri Galaxy S dan Z di bawah:
Berikut adalah senarai pengguna yang layak membeli Galaxy Ring melalui sistem jemputan di aplikasi Samsung Members.
- Galaxy S25 / S24 / S23 / S22 / S21 / S20 Series
- Galaxy S24FE / S23FE / S22FE / S21FE Series
- Galaxy Z Flip6 / Z Flip5 / Z Flip4 / Z Flip3 Series
- Galaxy Z Fold6 / ZFold5 / Z Fold4 / Z Fold3 Series