Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : POCO F7 Pro – Prestasi Flagship pada harga midrange

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 1

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 2

Pengenalan

POCO F Series merupakan siri telefon pintar daripada Poco yang menawarkan pengguna telefon pintar premium pad harga yang lebih berpatutan.

Tahun ini POCO F7 Series mencuri tumpuan apabila anak syarikat Xiaomi ini telah membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa telefon pintar Ultra pertama syarikat ini akan turut dilancarkan.

Ini bermaksud, POCO F7 Series hadir didalam dua model iaitu POCO F7 Pro yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan POCO F7 Ultra yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite.

Didalam ulasan ini kita akan memperkatakan tentang POCO F7 Pro yang merupakan model lebih berpatutan dan juga alternatif terbaik jika bajet adalah sesuatu yang harus ambil kira.

Jom baca Ulasan POCO F7 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,299 sahaja.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 3

Reka Bentuk

POCO F7 Pro hadir dengan reka bentuk yang benar-benar merangkumi intipati flagship. Dengan kombinasi estetika dan ketahanan yang sempurna, POCO F7 Prp  menetapkan penanda aras baharu dalam pertukangan premium.

Panel belakang POCO F7 Pro ini hadir dengan kemasan gloss-matte dimana pada bahagian atas ianya menampilkan kemasan berkilat yang meliputi seluruh kawasan modul kamera manakala selebihnya adalah kemasan matte yang memberikan keseimbangan visual yang baik.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 4

Selain itu, modul kamera POCO F7 juga meningkatkan lagi penampilan premium telefon pintar ini dan panel belakang yang flat adalah sangat ergonomik untuk dipegang dan digunakan. Ianya juga tampil dengan gelung aluminium gred aeroangkasa.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 5

Seterusnya, telefon pintar terbaru POCO ini juga memiliki kerangka matte keluli yang mengikut warna pilihan anda dan bercakap mengenai kemasan warna, F7 Pro hadir didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan Silver seperti unit ulasan kami.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 6

Beralih kepada bahagian hadapan pula, POCO F7 Pro menampilkan rekaan skrin paparan yang berupaya menawarkan pengalaman visual yang sangat imersif dan kami amat kagum dengan kenipisan bezel telefon pintar ini yang simetri pada semua sisi.

Menyempurnakan lagi aspek rekaan telefon pintar POCO F7 Pro adalah penarafan kalis air dan habuk IP68 serta lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 7i.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 7

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah ukuran dimensi telefon pintar ini yang mempunyai ketebalan hanya 8.12mm dengan berat 209 gram yang mana ianya bukan lah peranti yang ringan namun anda pasti gembira apabila mengetahui kapasiti bateri yang dimiliki telefon pintar ini.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 8

Skrin Paparan

POCO F7 Pro hadir dengan skrin paparan 2K Flow AMOLED DotDisplay berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 3,200 nits (1,800 nits HBM).

Tetapi segala-galanya bukan tentang kecerahan sahaja- POCO F7 Pro juga mengutamakan penjagaan mata. Ianya menggabungkan Circular Polarization Technology, yang menukarkan cahaya terpolarisasi linear skrin kepada cahaya terkutub bulat, paparan ini juga menghasilkan cahaya seperti cahaya semula jadi untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 9

Lebih lanjut, panel skrin POCO F7 Pro ini juga telah menerima pensijilan Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification, TÜV Rheinland Flicker Free Certification, dan TÜV Rheinland Circadian Friendly Certification yang membuktikan bahawa telefon pintar  ini meminimumkan ketegangan mata, walaupun semasa sesi yang berpanjangan.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 10

Selain itu, POCO F7 Pro juga menampilkan bezel sisi skrin yang sangat nipis pada semua sisi setaraf seperti pada kebanyakkan telefon pintar flagship dipasaran dan ianya juga memiliki sensor capjari ultrasonic untuk pengesanan biometrik (capjari) yang sangat pantas.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 11

Untuk ketenangan minda tambahan, Panel POCO F7 Pro ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 7i yang menawarkan perlindungan dari calar dan jatuhan yang tidak disengajakan (jatuhan dari ketinggiam sehingga 1 meter).

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 12

Pemproses

POCO F7 Pro dikuasakan cipset Snapdragon 8 Gen 3, memberikan keseimbangan sempurna antara kelajuan dan kecekapan. Ianya juga membolehkan pengguna menikmati cipset kelas flagship pada harga yang lebih berpatutan menjadikanya sebagai antara calon terbaik flagship killer tahun ini.

Selain itu, prestasi cipset yang tinggi tidak membawa sebarang makna yang berguna jika aspek pelesapan haba tidak diambil berat. Ini tidak menjadi masalah bagi POCO F7 Pro yang hadir dengan teknologi LiquidCool Technology 4.0 yang menampilkan 3D dual-channel IceLoop –  paip haba 5400mm², sistem penyejukan  ini mengurangkan suhu SoC sehingga 3°C, membolehkan sesi gaming berpanjangan, penyuntingan video dan multitasking tanpa prestasi pendikitan.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 13

Selain itu, POCO F7 Pro juga hadir dengan sistem operasi terbaharu daripada Xiaomi iaitu HyperOS 2.0 yang turut digunakan pada Xiaomi 15 Series yang dilancarkan baru-baru ini. Ianya menyampaikan prestasi pintar dan responsif dengan tiga teras – HyperCore, HyperConnect dan HyperAI – ia mengoptimumkan kelancaran sistem, membolehkan sambungan merentas platform yang lancar dan meningkatkan kecekapan dengan bantuan pintar Google Gemini.

Bersama cip Snapdragon 8 Gen 3, POCO F7 Pro disertakan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan dua pilihan storan dalaman jenis UFS 4.1 iaitu 256GB dan 512GB. POCO juga telah mengesahkan bahawa POCO F7 Series akan menerima 4 kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 14

Seterusnya, POCO F7 Pro hadir dengan Game Turbo 4.0 yang memberikan beberapa optimasi tambahan untuk gaming yang kini telah disokong pada permainan video popular seperti Genshin Impact dan PUBG. Antara ciri yang ditawarkan adalah Super Resolution, Smart Frame Rate yang membolehkan Genshin Impact dimainkan pada kadar 90fps walaupun game ini hanya menyokong 60fps.

Dalam pada itu, apabila Smart Frame Rate diaktifkan pada PUBG, suhu peranti dan penggunaan bateri pada mod 120fps Ultra Extreme adalah lebih baik berbanding jika tidak mengakfitkan Smart Frame Rate.

Akhir sekali, Game Audio juga turut disertakan melalui Game Turbo yang ianya Ia dengan tepat mengesan bunyi seperti tapak kaki dan suara yang pastinya meningkatkan pengalaman permainan namun ciri ini hanya disokong pada permainan video seperti : PUBG, Call ofDutyMobile , Arena ofValor, Honor ofKings (Edisi Antarabangsa), dan Genshin Impact.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 15

Kamera

POCO F7 Pro menampilkan sistem kamera yang ‘biasa-biasa ‘ sahaja berbanding aspek lain pada telefon pintar ini.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 16

Ianya tampil dengan sensor utama 50MP Light Fusion 800 yang memiliki aperture f/1.6 dan OIS dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 20MP.

Berdasarkan pengalaman kami sepanjang menggunakan telefon pintar ini, kami berpuas hati dengan hasil gambar dari sensor utama yang mampu memberikan anda kualiti gambar yang baik. Sensor ultrawide 8MP yang digunakan dilihat tidak begitu memuaskan yang mana ianya juga tidak setaraf sensor utama.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 17

Memanfaatkan platform POCO AISP, POCO F7 Pro juga menawarkan ciri UltraSnap, Dinamik Shot yang menghidupkan gambar, serta lebih banyak ciri AI untuk kreativiti peringkat seterusnya bagi memberikan sentuhan akhir yang sempurna untuk foto dan video.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 18

Secara keseluruhan, aspek fotografi bukan lah fokus utama POCO F7 Pro dan jika anda mahu telefon pintar POCO anda menawarkan sistem kamera yang lebih baik, POCO F7 Ultra mungkin lebih sesuai untuk anda.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 41

Bateri

POCO F7 Pro memiliki kapasiti bateri yang terbesar didalam keluarga POCO F7 Series iaitu 6,000mAh dan ianya turut membawakan sokongan pengecasan pantas 90W HyperCharge.

Pengecasan pantas 90W HyperCharge ini membolehkan POCO F7 Pro dicaj ke tahap 100% didalam masa 37 minit sahaja.

Selain itu,  cipset pengecasan POCO Surge P3 dan cipset bateri POCO Surge G1 berfungsi meningkatkan jangka hayat bateri yang mana walaupun selepas 1,600 kitaran pengecasan bateri mampu mengekalkan melebihi 80% daripada kapasiti asalnya.

Agak mengecewakan, tiada sokongan pengecasan tanpa wayar seperti yang ditawarkan pada POCO F7 Ultra.

ULASAN : POCO F7 Pro - Prestasi Flagship pada harga midrange 42

Penutup

POCO F7 Pro adalah telefon pintar yang sangat berkuasa tinggi dan ianya menawarkan nilai belian yang sangat tinggi kerana cipset Snapdragon 8 Gen 3 mampu memberikan pengguna akses kepada prestasi gred flagship pada harga lebih rendah.

Pada harga yang bermula serendah dari RM 2,299, POCO F7 Pro adalah telefon pintar yang akan mengugat kedudukan kebanyakkan telefon pintar midrange lain dipasaran.

Dapatkan POCO F7 Pro  mi.com atau melalui stor rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.