HONOR Malaysia sahkan pelancaran 5 produk pada 10 April ini

HONOR Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran produk 5 produk baharu syarikat ini akan berlangsung pada 10 April ini.
Lima produk tersebut adalah HONOR Pad X9a, HONOR Pad V9, HONOR Watch 5, HONOR Earbuds Open dan HONOR MagicBook X14 2025. Kesemua peranti ini bukan sahaja dapat meningkatkan gaya hidup pengguna tetapi turut membantu dalam menyelesaikan cabaran dalam hiburan, kerja, perjalanan, pelajaran, kecergasan, dan sebagainya.
Menariknya, HONOR telah mengumumkan bahawa tablet HONOR Pad X9a akan mula ditawarkan di Malaysia sebelum pelancaran rasmi dengan harga jualan akan didedahkan pada 26 Mac ini iaitu bagi versi WiFi manakala versi LTE akan diumumkan pada 10 April 2025.
Jangan ketinggalan! HONOR akan memaklumkan butiran lebih terperinci mengenai lima peranti yang bakal mengubah industri ini pada 10 April 2025 ini menerusi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang HONOR di www.honor.com/my/.