Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Air 11″ dan iPad Air 13″ (2025) dilancarkan dengan cip Apple M3

Apple iPad Air 11" dan iPad Air 13" (2025) dilancarkan dengan cip Apple M3 1

Apple iPad Air 11" dan iPad Air 13" (2025) dilancarkan dengan cip Apple M3 2

Apple secara rasminya telah memperkenalkan iPad Air (2025) terbaru yang dikuasakan cip Apple M3 dan ianya ditawarkan didalam dua saiz iaitu 11″ dan 13″.

Apple iPad Air 11″ (2025) dan iPad Air 13″ 2025 ini dikuasakan cip Apple M3 cip (CPU 8-teras, GPU 9-teras, NPU 16-teras) yang menggantikan M2 dalam model tahun lepas. Ianya disertakan dengan 8GB RAM. Apple berkata M3 iPad Air menawarkan prestasi 2x lebih pantas daripada M1 iPad Air, yang dilancarkan pada 2022.

Apple iPad Air 11" dan iPad Air 13" (2025) dilancarkan dengan cip Apple M3 3

Spesifikasi lain tablet ini adalah sama seperti pada generasi iPad Air sebelum ini yang termasuk skrin, resolusi paparan dan kadar segar semula 60Hz. Ianya juga memiliki kamera 12MP, Apple Intelligence dan USB-C 3.1. Apple tidak mengemas kini sambungan Wi-Fi 6E atau Bluetooth 5.3. TouchID pula masih disertakan pada butang kuasa.

Apple iPad Air 11" dan iPad Air 13" (2025) dilancarkan dengan cip Apple M3 4

Satu lagi penambahan baharu ialah Magic Keyboard,  yang dikemas kini, yang kini mempunyai track pad yang lebih besar dan barisan kekunci fungsi baharu

Akhir sekali iPad Air (2025) hadir didalam warna Blue, Purple, Starlight, dan Space Gray pada harga seperti berikut:

  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi 128GB – RM 2,799
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi 256GB – RM 3,199
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi 512GB – RM 4,099
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi 1TB – RM 4,999

 

  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi + 5G 128GB – RM 3,499
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi+ 5G 256GB – RM 3,899
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi + 5G  512GB – RM 4,799
  • Apple iPad Air 11″ (2025) WiFi + 5G 1TB – RM 5,699

 

  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi 128GB – RM 3,699
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi 256GB – RM 4,099
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi 512GB – RM 4,999
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi 1TB – RM 5,899

 

  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi + 5G 128GB – RM 4,399
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi+ 5G 256GB – RM 4,799
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi + 5G  512GB – RM 5,699
  • Apple iPad Air 13″ (2025) WiFi + 5G 1TB – RM 6,599
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.