Samsung Galaxy A Series akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac ini
Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Galaxy A Series akan berlangsung pada 2 Mac ini dan ianya telah disahkan oleh Samsung Mobile India.
Menariknya, pengesahan rasmi ini tiba selepas Samsung Malaysia telah mula menawarkan ebaucar RM 100 pada harga RM 10 bagi pembelian Galaxy A Series yang baharu (dari 24 Februari sehingga 17 Mac 2025).
Berdasarkan gambar teaser yang dimuatnaik, Samsung Galaxy A Series mungkin terdiri daripada dua model iaitu Galaxy A56 dan Galaxy A36 namun kewujudan Galaxy A26 juga tidak dapat diketepikan.
Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Galaxy A56 akan dikuasakan cip Exynos 1580 manakala Galaxy A36 pula dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3.
Berdasarkan tempoh jualan ebaucar Galaxy A Series di Malaysia, kita mungkin boleh menjangkakan pelancaran Galaxy A Series untuk pasaran tempatan juga berlangsung sekitar awal bulan Mac 2025.
