Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S25 Series – Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 1

Galaxy S25 Ultra - Galaxy AI

 

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 2
Galaxy S25 Ultra – Galaxy AI

Samsung Galaxy S25 Series telah dilancarkan baru-baru ini sebagai sebuah telefon pintar yang merupakan langkah pertama Samsung dalam visi untuk mengubah cara pengguna berinteraksi dengan telefon mereka – dan dengan dunia mereka.

Seperti yang diperkatakan oleh presiden Samsung iaitu TM Roh, Inovasi terhebat adalah cerminan pengguna mereka, itulah sebabnya Galaxy AI kini telah berkembang untuk membantu semua orang berinteraksi dengan peranti mereka dengan lebih semula jadi dan mudah dengan keyakinan bahawa privasi mereka sentiasa terjamin.

Sejak memperkenalkan Galaxy AI pada tahun 2024, penggunaan AI pada industri telefon pintar dilihat semakin ketara dan Samsung adalah salah satu syarikat yang bertanggungjawab memulakan fenomena ini.

Pada Galaxy S25 Series, Ciri AI pada telefon pintar adalah lebih berkuasa dan berikut adalah ciri-ciri AI yang  ditawarkan pada telefon pintar terbaru Galaxy ini.

Seamless Action Across-App

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 3

Sebagai contoh, anda meminta Gemini mencari kesemua jadual perlawanan bola sepak pasukan Manchester United dan simpan maklumat  tersebut kepada di Samsung Notes. buat masa ini ciri seamless action across app hanya menyokong aplikasi sistem Samsung One UI dan aplikasi Google namun sokongan bagi aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp dan Spotify bakal tiba tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 4

Google Gemini – Pembantu peribadi yang paling berkuasa

Hanya tekan dan pegang butang sisi untuk mengaktifkan Gemini untuk melakukan interaksi yang lancar merentas aplikasi Samsung dan Google, serta aplikasi pihak ketiga seperti Spotify. Contohnya, cari jadual musim pasukan bola sepak kegemaran anda dan masukkanya pada  Samsung Calendar hanya dengan satu arahan.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 5

Selain itu, Gemini juga mampu memberikan anda cadangan menu masakan hanya dengan ‘melihat’ bahan-bahan mentah yang ada didalam peti sejuk selain turut mempunyai kebolehan untuk mencipta imej berdasarkan idea anda. Anda hanya perlu ke Gemini Live, tekan simbol + dan pilih Camera untuk mengambil gambar peti sejuk anda.

Seterusnya, satu lagi contoh yang kita boleh perkatakan adalah merumuskan video YouTube berdurasi panjang kepada rumusan yang pendek yang kemudian boleh disimpan pada aplikasi Samsung Notes.

Dalam pada itu, setiap pembelian Galaxy S25 Series juga akan menerima langganan Gemini Advanced selama 6 bulan yang memberikan anda akses kepada ciri AI yang lebih mendalam.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 6

Interaksi Intuitif dikuasakan oleh AI

Carian menggunakan bahasa anda : Anda boleh menggunakan bahasa anda dengan cepat dan mudah untuk mencari perkara yang anda perlukan di Gallery, Setting dan banyak lagi. Ini hanyalah salah satu cara Galaxy S25 Series bertindak sebagai rakan AI sejati anda.

Gallery Search – pada bahagian search bar di Gallery, anda boleh membuat carian secara spesifik yang menjelaskan kandungan gambar seperti gambar yang diambil di KLCC atau sebagainya.

Setting – pengguna bahasa semula jadi juga boleh dibuat pada bahagian tetapan seperti anda mahu tetapan yang membolehkan teks lebih jelas pada skrin dan telefon pintar akan menunjukkan tetapan yang berkait dengan teks seperti font size, bold text dan theme.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 7

AI Select

AI Select adalah lanjutan kepada Smart Select yang telah ditawarkan pada telefon pintar Galaxy namun dengan AI, ianya kini berupaya menganalisa skrin dengan lebih mendalam dan memberikan cadangan seperti mencipta gif dari video/ instgram reels atau mencipta wallpaper. Menggunakan S-Pen untuk membulatkan sesuatu bahagian skrin yang perlu dibuat carian atau disimpan sebagai Wallpaper juga boleh dilakukan.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 8

Google Circle to Search

Agent AI dengan keupayaan multimodal membolehkan Galaxy S25 Series mentafsir teks, pertuturan, imej dan video untuk interaksi yang terasa semula jadi. Peningkatan kepada Google Circle to Search menjadikan carian skrin telefon anda lebih membantu, pantas dan kontekstual. Google Circle to Search kini dengan cepat pantas mampu mengesan nombor telefon, e-mel dan URL pada skrin anda, membolehkan anda membuat panggilan, menghantar e-mel atau melawat laman web dengan mudah.

Dengan AI pada Galaxy S25 Series, anda juga boleh melakukan carian yang boleh diambil tindakan lanjut dengan cadangan yang memahami konteks untuk langkah seterusnya. Selain itu, Galaxy S25 menawarkan akses pantas untuk bertukar antara aplikasi untuk tindakan susulan pantas, seperti berkongsi GIF pada WhatsApp atau menyimpan butiran acara pada aplikasi Notes.

Samsung Galaxy S25 Series - Merungkai setiap ciri AI pada generasi baharu Galaxy 9

AI Audio Eraser

Jika tahun 2024, Samsung memperkenalkan ciri AI Eraser yang membolehkan anda memadam objek atau subjek dari imej, Galaxy S25 Series pula membawa ciri AI Audio Eraser yang mampu menapis pelbagai bunyi dari video anda untuk hasil video yang lebih professional dan ianya dikuasakan sepenuhnya oleh Galaxy AI.

samsung galaxy s25

Kesemua ciri membuktikan bahawa Samsung Galaxy S25 Series adalah telefon pintar AI terbaik daripada syarikat ini dan model Galaxy S25 Ultra sudah pastinya menjadi tumpuan pengguna di Malaysia.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S25 Series di Malaysia sekarang melalui Samsung Online Store 

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra – Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.