OPPO Find N5 dilancarkan secara rasmi – foldable ternipis didunia dan cip Snapdragon 8 Elite

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru syarikat iaitu OPPO Find N5 yang menggunakan reka bentuk inovatif dan susunan semula struktur dalaman untuk mencapai ketebalan setaraf telefon pintar tradisional.
OPPO Find N5 memiliki ketebalan hanya 4.21mm dalam keadaan tidak dilipat dan 8.93mm apabila dilipat, Find N5 mengambil mahkota sebagai telefon pintar foldable ternipis dipasaran.
Untuk merampas gelaran ini, OPPO Find N5 hadir dengan engsel Titanium Flexion yang 26% lebih kecil dari engsel yang digunakan pada Find N3 dan ianya mempunyai berat keseluruhan hanya 229 gram.
Selain itu, Find N5 juga menjadi foldable pertama untuk hadir dengan penarafan IPX6, IPX8, dan IPX9 yang bermaksud ianya mampu kekal kalis air walaupun ditembak dengan air panas bertekanan tinggi dan rendaman.
Seterusnya, Find N5 hadir dengan panel utama LTPO OLED berukuran 8.12-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan kadar segar semula adaptive 1-120Hz. Ianya juga hadir dengan nisbah 9:9:9 dan kecerahan maksima sehingga 2,100nits serta sokongan stylus OPPO Pen
Dalam pada itu, panel skrin luar yang dimiliki telefon pintar ini adalah LTPO OLED berukuran 6.62-inci juga dengan resolusi FHD+ yang menawarkan kecerahan maksima sehingga 2,450nits dan turut memiliki sokongan stylus OPPO Pen.
Beralih ke kamera, Find N5 memiliki tiga sensor yang dibangunkan bersama Hasselblad iaitu sensor utama 50MP LYT-700 (21mm) dengan OIS, sensor periskop 50MP (70mm) JN5 dengan 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 8MP (15mm) dengan fungsi penfokusan auto.
Seterusnya, Find N5 menjadi foldable pertama untuk dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite namun ianya adalah versi yang beroperasi dengan 7 teras CPU sahaja ( satu teras ‘performance’ tidak digunakan).Ianya turut dipadankan dengan 16GB RAM dan storan 512GB.
Lebih lanjut, telefon pintar ini hadir dengan sistem operasi ColorOS 15 yang berasaskan Android 15 dan OPPO mengumumkan komitmen untuk menawarkan sehingga 4 generasi Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan.
Tidak lupa, Find N5 juga hadir dengan bateri karbon silikon berkapasiti 5,600 mAh dengan sokongan pengecasan 80W SuperVOOC dan 50W AirVOOC.
OPPO Find N5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga Rm 7,999 dan ianya kini boleh di pra-pesan dengan tawaran dan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,584 di OPPO Brand Store yang terpilih, My OPPO Space, Pengedar Sah OPPO, stor rasmi OPPO di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta kedai dalam talian OPPO sehingga 27 Februari 2025.