Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra – Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa

Samsung Galaxy S25 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,999 dan ianya tampil sebagai sebuah peranti flagship Android yang terbaik dipasaran
ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 1
ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 2
Samsung Galaxy S25 Ultra Malaysia
Pengenalan

Pelancaran Samsung Galaxy S25 Series telah berlangsung baru-baru ini dan seperti tahun-tahun sebelum ini dan Samsung menyajikan 3 model flagship mereka iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra.

Bertunjangkan Galaxy AI, Samsung Galaxy S25 Series telah dilabel sebagai telefon pintar pertama Samsung yang  menetapkan standard baharu sebagai rakan AI sejati dengan pengalaman mudah alih  yang paling semula jadi dan sentiasa sedar konteks yang dicipta.

Selain itu, dengan multimodal AI agent, Galaxy S25 Series ialah langkah pertama dalam visi Samsung untuk mengubah cara pengguna berinteraksi dengan telefon pintar – dan dengan dunia yang mengelilingi mereka.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 3
Kandungan kotak Galaxy S25 Ultra

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25 Ultra – lebih nipis, ringan dan Galaxy AI lebih power

Seterusnya, Samsung juga telah mengubah sedikit aspek rekaan telefon pintar S25 Series terutamanya Galaxy S25 Ultra yang meneruskan evolusi Galaxy S24 Ultra ke arah peranti yang lebih ‘flat’.

Memandangkan ini adalah ulasan Galaxy S25 Ultra, adalah baik untuk kami memfokuskan lebih mendalam tentang telefon pintar flagship terbaharu syarikat ini.

Jika anda sedang melakukan kajian tentang Galaxy S25 Ultra sebelum membuat pembelian atau telah pun memiliki telefon pintar ini, ulasan kami mungkin memberikan anda rangkuman lebih mendalam tentang kebolehan dan ciri-ciri utama telefon pintar ini.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy S25 Ultra yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,999.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 4

Reka Bentuk

Jika dahulu, memilki rekaan melengkung dianggap sebagai rekaan yang wajib pada telefon pintar kategori flagship, lain pula ceritanya sekarang.

Hampir kesemua pengeluar telefon pintar telah mula membuang DNA rekaan melengkung pada bahagian kerangka mahupun pada panel gelas hadapan dan belakang.

Pada Galaxy S24 Ultra, Samsung telah memperkenalkan paparan yang rata bersama bingkai yang melengkung namun pada Galaxy S25 Ultra, Samsung telah memperkemas bingkai untuk menjadi lebih ‘boxy’ dan ini memberikan kemasan yang lebih ergonomik dan selesa untuk digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 5

Dalam pada itu, rekaan baharu ini juga menjadikan bucu telefon pintar tidak ‘mencucuk’ tapak tangan anda ketika ianya digunakan yang memberikan tahap keselesaan lebin baik berbanding generasi sebelum ini.

Seterusnya, Samsung juga telah berjaya mengurangkan berat keseluruhan telefon pintar Galaxy S25 Ultra ini sebanyak 15% iaitu hanya 218 gram berbanding berat Galaxy S24 Ultra yang mencapai 232 gram.

Bercakap mengenai warna, Samsung memilih warna-warna yang lebih lembut pada mata bagi generasi kali ini dengan kemasan ‘brushed titanium’ pada kerangka yang memastikanya sentiasa bebas kesan capjari dan calar.

Dalam pada itu, Galaxy S25 Ultra ini ditawarkan didalam warna Titanium Silver Blue, Titanium White Silver, Titanium Green dan Titanium Black manakala warna eksklusif online adalah Titanium Pinkgold, Titanium Jetblack dan Jadegreen.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 6

Beralih kepada gelas keselamatan yang digunakan, Galaxy S25 Ultra menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan panel Gorilla Armor Glass 2 (pada bahagian hadapan) yang menawarkan ciri-ciri anti jatuhan dan anti silau yang lebih baik. Panel belakang telefon pintar ini dilapisi gelas keselamatan Victus 2.

Walaupun kami tidak menjalankan sebarang ujian ‘drop test’ pada unit kami, Corning telah mengeluarkan keputusan ujian mereka yang membuktikan bahawa telefon pintar Galaxy S25 mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 2.2 meter tanpa sebarang kerosakan ketara.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 7

Secara keseluruhan, Samsung telah membuat perubahan yang agak minimal pada bahagian reka bentuk namun pengurangan berat dan bezel yang lebih nipis telah menjadikan telefon pintar ini lebih selesa untuk digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 8

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S25 Ultra hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu 6.9-inci berbanding skrin 6.8-inci pada Galaxy S24 Ultra. Samsung berjaya menggunakan skrin yang lebih besar tanpa sebarang perubahan pada dimensi peranti dan Galaxy S25 Ultra kini mempunyai bezel yang lebih nipis untuk pengalaman lebih imresif.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 9

Lebih lanjut, paparan Dynamic AMOLED 2x yang digunakan Galaxy S25 Ultra juga memiliki resolusi QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster. Galaxy S25 Ultra juga memperkenalkan ciri ProScaler yang meningkatkan kualiti imej sehingga 40% untuk menjadikan setiap imej dan video lebih vivid berbanding pada generasi Galaxy sebelum ini.

Seterusnya, ciri ProScaler ini secara asasnya meningkatkan resolusi dan kejelasan sesuatu gambar atau video ke tahap yang lebih tinggi dimana sebagai contoh gambar 720p pada S25 Ultra adalah hampir sama seperti gambar 1080p pada Galaxy S24 Ultra.

Dalam pada itu, melindungi panel skrin ini daripada senario harian adalah panel gelas keselamatan terbaik daripada Corning iaitu Gorill Glass Armor 2. Gorilla Armor 2 hadir dengan ketahanan yang lebih baik dimana ianya adalah 29% lebih kalis retakan  dan dilihat masih mampu mengekalkan intergriti skrin walaupun selepas jatuh dari ketinggian 2.2 meter.

Lebih lanjut, Samsung juga mendakwa penggunaan Armor 2 juga dilihat memberikan perlindungan lebih baik kepada paparan dimana kerosakan skrin dalaman adalah 60% lebih rendah berbanding sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 8

Satu lagi ciri yang telah ditambah baik adalah ciri anti-silau yang sangat efektif dalam menghalang sebarang pantulan cahaya pada skrin walaupun didalam kawasan tertutup atau apabila terdedah pada cahaya terik matahari.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 11

Seterusnya, Samsung menawarkan pelbagai tetapan skrin seperti kadar segar semula yang mempunyai dua pilihan iaitu Adaptive (1~120Hz) dan Standard (60Hz), mod Eye Comfort Shield untuk skrin yang lebih ‘mesra’ pada mata, tetapan resolusi skrin ( HD+, FHD+ atau QHD+).

Secara keseluruhan, skrin paparan telefon pintar flagship Samsung adalah antara yang terbaik dipasaran dan Galaxy S25 Ultra dilihat mampu mengekalkan kedudukan ini tanpa sebarang masalah walaupun tidak memberikan sebarang peningkatan ketara.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 12

Pemproses

Samsung Galaxy S25 Ultra dikuasakan cip terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite namun ianya bukan lah cipset yang sama seperti yang digunakan pengeluar lain pada flagship mereka.

Cipset ini dikenali sebagai Snapdragon 8 Elite for Galaxy dimana dua teras utama CPU beroperasi pada kelajuan maksima sehingga 4.47GHz berbanding 4.32GHz dan ianya juga memiliki GPU Adreno 830 yang beroperasi pada kadar lebih tinggi.

Bercakap lebih mendalam tentang cipset 8 Elite for Galaxy ini, ianya adalah cip 3nm yang memiliki teras Oryon (teras yang dibangunkan sendiri oleh Qualcomm) yang terdiri dari 2 teras ‘Prime’ (4.47GHz) dan 6 teras ‘Performance’ (3.53GHz).

Dengan penyesuaian unik oleh Galaxy, ini merupakan pemproses paling berkuasa pernah ditawarkan pada Galaxy S Series dan ianya tampil  dengan peningkatan prestasi sebanyak 40% pada NPU, 37% pada CPU dan 30% pada GPU berbanding generasi sebelumnya. ini telah meningkatkan keupayaan Galaxy S25 Ultra untuk memproses lebih banyak ciri AI terus pada peranti , termasuk ciri AI berasaskan ‘cloud’ seperti Generative Edit.

Selain itu, Samsung Galaxy S25 Ultra ini ditawarkan didalam satu kapasiti RAM sahaja iaitu 12GB (LPDDR5X) dan terdapat tiga kapasiti storan dalaman UFS 4.0 iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

One UI 7
One UI 7 boleh diangkat sebagai sistem operasi terbaik pada peranti Android

Beralih kepada sistem operasj, Samsung Galaxy S25 Ultra hadir dengan One UI 7 yang berasaskan Android 15 dan ianya tampil dengan jaminan 7 kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan Google.

Walaupun hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza, One UI 7 mempunyai banyak persamaan dengan One UI 6 namun operasi OS boleh dikatakan lebih pantas dan lancar.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 13

Dalam pada itu, S Pen pada Galaxy S25 Ultra kini tidak mempunyai sokongan Bluetooth, sensor gyro dan superkapasitor namun ianya masih mengekalkan sebahagian besar ciri S Pen seperti generasi sebelum ini. Ianya masih menawarkan ciri Screen Off Memo, Create Note, Screen Write, Write on Calendar dan pelbagai ciri AI yang memerlukan stylus seperti AI Select dan Drawing Asisst.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 14

Seterusnya, Google Gemini adalah bantuan AI yang terbina pada Galaxy S25 Ultra dan ianya mampu melaksanakan pelbagai tugas dan turut mempunyai kebolehan untuk mencipta imej bagi anda.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 15

Selain itu, Gemini juga mampu memberikan anda cadangan menu masakan hanya dengan ‘melihat’ bahan-bahan mentah yang ada didalam peti sejuk selain turut mempunyai kebolehan untuk mencipta imej berdasarkan idea anda. Anda hanya perlu ke Gemini, tekan simbol + dan pilih Camera untuk mengambil gambar peti sejuk anda, selepas pilih “Go Live” dan tanya terus kepada Gemini.

Dalam pada itu, setiap pembelian Galaxy S25 Series juga akan menerima langganan Gemini Advanced selama 6 bulan yang memberikan anda akses kepada ciri AI yang lebih mendalam.

Lebih lanjut, penambahan paling ketara adalah sokongan secara menyeluruh bagi input bahasa semula jadi yang membolehkan ciri AI Agents, AI Select, Circle to search yang lebih berkuasa, Gallery control dan Cross-app Actions.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 16

AI Select adalah lanjutan kepada Smart Select yang telah ditawarkan pada telefon pintar Galaxy namun dengan AI, ianya kini berupaya menganalisa skrin dengan lebih mendalam dan memberikan cadangan seperti mencipta gif dari video/ instgram reels atau mencipta wallpaper.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 17

Circle to Search telah diperkenalkan pada Galaxy S24 Series tahun lalu dan ciri Circle to Search kini mampu mengesan teks dan nombor telefon selain mendengar audio yang sedang dimainkan dan memberi anda maklumat mengenainya.

Natural Language Search

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 18

Dalam pada itu, input bahasa semulajadi juga membolehkan anda mencari sesuatu imej secara spesifik menggunakan arahan suara. Ciri ini juga ditawarkan pada bahagian tetapan dimana anda boleh mencari sesuatu tetapan menggunakan bahasa yang lebih semulajadi.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 19

Walaubagaimanapun, ciri yang paling mendapat perhatian pada Galaxy S25 Series ini adalah Cross-App Action yang mana anda boleh menyuruh telefon pintar anda melakukan beberapa tugas secara serentak merentasi beberapa aplikasi.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 20

Hanya tekan dan pegang butang sisi untuk mengaktifkan Gemini untuk melakukan interaksi yang lancar merentas aplikasi Samsung dan Google, serta aplikasi pihak ketiga seperti Spotify. Contohnya, cari jadual musim pasukan bola sepak kegemaran anda dan masukkanya pada  Samsung Notes hanya dengan satu arahan.

Beralih kepada ciri AI yang seterusnya iaitu Now Brief dan Now Bar.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 21

Now Brief menawarkan ringkasan jadual harian anda – contohnya, pada waktu pagi, ia akan merumuskan kualiti tidur anda, memberi anda pandangan ringkas tentang janji temu harian anda dan sama ada podcaster atau artis kegemaran anda telah mengeluarkan kandungan baharu . Now Brief juga akan muncul pada waktu tengah hari dan malam untuk membantu anda sentiasa mengetahui perkara-perkara penting.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 22

Now Bar pula mempunyai konsep yang sama namun ianya akan dipaparkan pada lockscreen dan memfokuskan kepada ‘update’ dari aksi sukan semasa, maklumat semasa seperti nama muzik yang dimainkan, dan navigasi ‘turn-by-turn’ daripada Google Maps.

Selain ciri baharu ini, Galaxy AI juga membawakan ciri yang diperkenalkan sebelum ini seperti  Call Assist, Chat Assist,  Live Translate, Interpreter dan banyak lagi. Samsung juga kini memberikan pengguna pilihan untuk memproses data bagi ciri AI ini pada peranti sahaja.

Akhir sekali, Samsung juga telah mempertingkatkan aspek keselamatan dengan telah mengusahakan ciri baharu keselamatan mudah alih yang canggih, bermula daripada pada Galaxy S25 Series yang dikenali sebagai post-quantum cryptography (PQC), teknologi ini menggunakan algoritma terkini untuk membanteras potensi risiko yang ditimbulkan oleh pengkomputeran kuantum kepada kaedah penyulitan tradisional.

Secara keseluruhanya, Samsung Galaxy S25 Ultra hadir dengan pakej hardware dan software yang terbaik pada dunia Android dan telefon pintar ini dijangka akan kekal sebagai sebuah flagship premium yang cukup sempurna untuk pengguna bagi tempoh beberapa tahun yang akan datang.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 23

Kamera

Sistem kamera Samsung Galaxy S25 Ultra tidak begitu banyak berbeza jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini namun evolusi ini dilihat membawa Samsung S25 Ultra ke kemuncak prestasi kamera yang terbaik.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 24

Samsung Galaxy S25 Ultra kini hadir dengan sensor ultrawide baharu yang telah lama di idamkan oleh pengguna dan ianya dilengkapi sensor ultrawide 50MP (12MP pada generasi sebelum ini) yang kini memberikan prestasi pengimejan kanta lebar yang lebih setaraf sensor utama. Sensor baharu ini juga menyokong fotografi makro dan sensor 50MP dijangka menawarkan pengguna imej makro yang lebih berkualiti.

Bercakap mengenai sensor utama pula, ianya adalah sensor 200MP HP2 yang sama seperti pada S24 Ultra manakala sensor telefoto 3x dan 5x juga telah diwarisi dari generasi tahun lalu iaitu sensor periskop telefoto 10MP pada kadar 3x dan sensor periskop telefoto 50MP yang turut membawa pengzooman optikal 5x. (kesemua sensor ini mempunyai OIS).

________________________________________________________

Kemampuan ZOOM

Berikut adalah gambar yang diambil dengan Zoom Galaxy S25 Ultra :

Dalam pada itu, S25 Ultra juga hadir dengan tetapan kamera selfie yang sama seperti generasi sebelum ini (sensor 12MP) dan ianya terbukti mempunyai kemampuan tinggi dengan kualiti swafoto yang cukup baik.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 54

Seterusnya, aplikasi kamera Galaxy S25 Series (One UI 7) kini lebih kemas tanpa terlalu banyak tetapan yang berselerak, anda akan mempunyai akses pantas kepada semua yang anda perlukan termasuk mod Pro yang kini menyokong rakaman video Log.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 55

Beralih kepada kualiti gambar yang terhasil dari kombinasi kamera S25 Ultra ini, seperti dijangka sensor utama mampu mengambil gambar yang sangat baik dengan kecerahan, kadar dinamik dan warna yang lebih tepat.

Selain itu, sensor telefoto 3x pula juga memberikan hasil gambar yang cukup baik walaupun tidak terlalu ‘detail’ namun warna dan kadar dinamik masih sempurna pada pendapat kami. Sensor telefoto 5x juga memberikan hasil gambar yang baik dan kami lebih suka untuk menggunakan kadar 5x supaya gambar yang terhasil mempunyai kualiti lebih baik berbanding gambar pada sensor telefoto 3x.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 56

Ke sensor ultrawide pula, sensor terbaru ini dilihat memberikan pengguna prespektif kanta lebar yang lebih baik dimana gambar yang terhasil adalah sangat baik namun anda harus berhati-hati dengan pengambilan gambar kerana jika tidak gambar yang terhasil mungkin kelihatan sedikit janggal.

Pada bahagian kamera selfie pula, sensor 12MP yang digunakan pada S25 Ultra terbukti mampu memberikan gambar swafoto yang baik dan memiliki pemfokusan auto adalah kelebihan yang masih membolehkan sensor kamera selfie ini kekal sebagai antara yang terbaik pada kategori flagship.

Berikut adalah gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S25 Ultra :

Video

Samsung Galaxy S25 Ultra boleh merakam video 4K 60fps pada kesemua sensor manakala sensor utama, sensor ultrawide dan sensor telefoto 5x mampu merakam video 8K 30fps. Sensor utama dan sensor ultrawide juga boleh merakam video 4K 120fps.

Menariknya, Samsung dikatakan telah menambahbaik kualiti video ‘nightography’ pada S25 Series dan percubaan Samsung ini dilihat memberikan hasil video malam yang lebih baik. Ciri yang paling menarik perhatian sudah pastinya Audio Eraser yang membolehkan anda menapis pelbagai bunyi dari video anda untuk hasil video yang lebih professional dan ianya dikuasakan Galaxy AI.

Tonton video untuk mengetahui cara menggunakan Audio Eraser :

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 79
Bateri

Samsung Galaxy S25 Ultra kekal menggunakan kapasiti bateri yang sama seperti tahun lalu iaitu 5,000mAh, sesuatu yang mengejutkan memandangkan kebanyakkan pengeluar telah meningkatkan kapasiti bateri pada peranti flagship mereka (menggunakan teknologi bateri silikon karbon).

Walaubagaimanapun, prestasi bateri yang ditawarkan pada S25 Ultra adalah lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya juga masih mampu memberikan jangka hayat bateri yang setaraf dengan jenama lain yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar.

Bercakap mengenai pengecasan pantas pada Samsung Galaxy S25 Ultra, ianya disertakan dengan teknologi pengecasan Super Fast Charging 2.0 pada kadar 45W. Umum diketahui bahawa Samsung tidak menyertakan sebarang adapter pengecasan didalam kotak namun kabel USB-C to USB-C disertakan.

Untuk rekod, pengecasan pada model tahun ini dilihat adalah lebih pantas dimana anda boleh mencapai 100% pengecasan didalam masa 59 minit sahaja manakala 30 minit pengecasan memberikan anda lebih dari 70% pengecasan.

Selain pengecasan berwayar, Samsung Galaxy S25 Ultra juga tampil dengan pengecasan tanpa wayar Fast Wireless Charging 2.0 pada kadar 15W dan Wireless Power Share.

ULASAN : Samsung Galaxy S25 Ultra - Ultra yang Minimalistik dengan Galaxy AI lebih berkuasa 7

Penutup

Samsung Galaxy S25 Ultra adalah model pertama yang akan diberikan pertimbangan apabila anda mencari flagship Android terbaik dan tahun ini Samsung dilihat masih mengekalkan kelebihan ini namun jurang perbezaan dengan pencabar lain sudah semakin kurang.

Walaupun S-Pen mempunyai sedikit pengurangan, S25 Ultra masih memberikan anda produktiviti dengan menggunakan stylus yang tidak mampu ditawarkan oleh jenama lain.

Secara keseluruhan, Galaxy S25 Ultra adalah nama besar pada peringkat flagship Android dan ianya masih menjadi pilihan pertama yang akan dipertimbangkan namun persaingan dari jenama lain (dari China) semakin sengit dari tahun ke tahun dan Samsung harus berwaspada dengan trend ini.

Samsung Galaxy S25 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,999 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Online Store, Samsung Experience Store dan pelbagai saluran jualan rasmi Samsung.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.