Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE yang baharu akan dilancarkan pada 19 Februari

Apple iPhone SE yang baharu akan dilancarkan pada 19 Februari 1

Apple iPhone SE yang baharu akan dilancarkan pada 19 Februari 2

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook telah mengumumkan bahawa “ahli keluarga terbaru” iPhone akan dirasmikan pada 19 Februari ini.

Berdasarkan pengesahan daripada Mark Gurman dari Bloomberg, iPhone SE seterusnya mungkin dikenali iPhone SE 4, namun turut dikhabarkan akan hadir sebagai iPhone 16E.

Selain itu, Apple mungkin hanya melancarkanya sebagai Apple iPhone SE, seperti  dilakukan dengan semua model sebelum ini. Telefon pintar itu telah dikhabarkan akan datang dengan rekaan iPhone 14, cip A18, 8GB RAM, dan satu kamera belakang dibelakang .

Dalam pada itu, iPhone SE ini dijangka bermula pada harga $499, sama seperti harga anggaran Google Pixel 9a yang juga bakal tiba tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.