Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile 1

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile 2

Samsung telah mengadakan kejohanan demo antara dua pasukan terkemuka Call of Duty: Mobile untuk mempromosikan keupayaan permainan flagship terbaharu syarikat ini iaitu Galaxy S25 Ultra.

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile 3

Telefon pintar ini dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite dan ruang wap yang menyokong permainan lancar walaupun untuk permainan berprestasi tinggi, seperti CoD.

Selain itu, kejohanan ini dikenali sebagai #PlayGalaxy Cup: The Greatest Rivalry with Call of Duty: Mobile, dan ia mempunyai dua pasukan utama dari Amerika Utara iaitu Tribe vs Luminosity Gaming.

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile 4

Perlawanan ini telah berlangsung pada 25 Januari, dan distrim secara langsung di saluran YouTube iFerg telah  menerima 3 juta tontonan selain 250 peminat di venue.

Samsung buktikan kemampuan gaming Galaxy S25 Ultra dengan kejohanan demo Call of Duty : Mobile 5

Seterusnya, semua pemain telah menggunakan telefon pintar Galaxy S25 Ultra dan TeeP iaitu salah satu pemain profesional Call of Duty: Mobile berkata bahawa telefon pintar ini menawarkan “pengalaman permainan peringkat konsol pada peranti mudah alih.”

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Samsung mengadakan acara untuk menunjukkan keupayaan gaming Galaxy S25 Ultra.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.