Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (3a) Series akan dilancarkan pada Mac 2025

Nothing Phone (3a) Series akan dilancarkan pada Mac 2025 1

Nothing Phone (3a) Series akan dilancarkan pada Mac 2025 2

Nothing secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nothing Phone (3a) Series akan dilancarkan pada awal bulan Mac 2025 dan sempena pengumuman ini, Nothing juga telah mengeluarkan imej teaser telefon pintar ini.

Berdasarkan imej teaser tersebut, boleh disahkan bahawa Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro akan mengekalkan rekaan lutsinar bersama LEG Gylph.

Walaupun masih belum mendedakan spesifikasi secara rasmi, Nothing Phone (3a) dilaporkan akan dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3 , 8/12GB RAM, 128/256GB storan dalaman, sensor utama 50 MP, sensor ultrawide 8 MP, sensor telefoto 50 MP dengan 2x zoom optikal, bateri 5,000 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 45W.

Seterusnya, spesifikasi Nothing Phone (3a) Pro pula tidak diketahui setakat ini.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.