Pandang Pertama : Samsung Galaxy S25+ dan Galaxy S25 – kembali guna cipset Snapdragon 8 Elite
©️NasiLemak Tech
Samsung Galaxy S25 Series baru sahaja dilancarkan di Samsung Unpacked 2025 yang telah menyaksikan syarikat gergasi Korea ini memperkenalkan model baharu Galaxy S yang tidak kurang hebatnya.
Selain Samsung Galaxy S25 Ultra, penawaran flagship Galaxy S Series juga terdiri daripada dua lagi model iaitu Galaxy S25 dan Samsung Galaxy S25+ yang tampil pada harga yang lebih berpatutan.
Walaupun menampilkan harga yang lebih berpatutan, Samsung juga telah menambahbaik pelbagai aspek telefon pintar ini dan berikut adalah pandang pertama bagi Galaxy S25 dan Galaxy S25+
Snapdragon 8 Elite for Galaxy
Samsung Galaxy S25 dan Samsung Galaxy S25+ telah menggunakan cipset flagship daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite yang mana ianya adalah cipset sama yang mengkuasakan Galaxy S25 Ultra.
Menariknya, Snapdragon 8 Elite for Galaxy adalah versi yang telah diubahsuai untuk menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding generasi sebelum ini iaitu peningkatan sebanyak 40% pada NPU, 37% pada CPU dan 30% pada GPU.
Skrin Paparan yang besar
Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ juga tampil dengan paparan Dynamic AMOLED 2x yang besar namun masih mengekalkan profil rekaan yang kompak.
Sehubungan itu, Samsung Galaxy S25+ hadir dengan skrin paparan QHD+ berukuran 6.7-inci manakala Samsung Galaxy S25 pula hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.2-inci. Kedua-dua skrin ini memiliki kadar segar semula Super Smooth 120Hz dan Vision Booster.
Dalam pada itu, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 juga dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus2 yang lebih tahan calar dan jatuhan.

Kapasiti RAM setaraf Galaxy S25 Ultra
Selain cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang turut ditawarkan pada Galaxy S25 Ultra, Samsung juga telah menaiktaraf kapasiti RAM Galaxy S25 dan Galaxy S25+
kepada 12GB RAM bersama tiga pilihan storan dalaman iaitu 128GB (hanya Galaxy S25 namun tidak ditawarkan di Malaysia setakat ini), 256GB dan 512GB.
Galaxy AI & One UI 7
Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ meneruskan momentum kukuh yang dibina melalui Galaxy AI dan One UI 7 yang baharu tampil dengan beberapa ciri baharu seperti Now Bar yang akan menjadi menjadi titik akses untuk pengalaman mendalaman paling komprehensif yang pernah ditawarkan.
Bagi menetapkan standard keselamatan terbaharu, telefon pintar siri Galaxy S memberikan pengguna Galaxy lebih ketenangan fikiran di samping pemperibadian yang lebih baik. Untuk itu, Samsung telah membangunkan Personal Data Engine, kemajuan privasi yang berkuasa yang memastikan perlindungan data peribadi merentas aplikasi pada peranti. Data ini kemudian disimpan pada ruang yang selamat, dilindungi dengan kunci penyulitan yang diurus oleh Knox Vault.
Selain itu, setiap pembelian Galaxy S25 Series juga akan menerima langganan Gemini Advance dan 2TB storan awan selama 6 bulan secara percuma.
Dapatkan Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ Sekarang!
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan akan menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB. Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang.
Bercakap mengenai pilihan warna, Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ akan ditawarkan didalam warna Navy, Icyblue, Mint dan Silver Shadow manakala warna eksklusif di Samsung Online Store adalah Blueblack, Coralred dan Pinkgold.
Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 dan Galaxy S25+ di Malaysia :
- Samsung Galaxy S25 256GB – RM 3,999
- Samsung Galaxy S25 512GB – RM 4,599
- Samsung Galaxy S25+ 256GB – RM 4,999
- Samsung Galaxy S25+ 512GB – RM 5,599
Dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025, pelanggan boleh menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,600 apabila mereka membuat pra-pesanan bagi Galaxy S25 Series. Dapatkan storan berganda bernilai sehingga RM600 untuk model terpilih dan nikmati diskaun sehingga RM400 apabila anda membayar dengan kad bank CIMB. Jangan lupa untuk menebus e-baucar pra-pendaftaran anda bernilai sehingga RM600 dengan membuat pra-tempahan sekarang.
Bukan itu sahaja! Samsung juga menawarkan program trade-in dan jimat sehingga RM4,415. Layari Samsung Trade In | Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Dapatkan Galaxy Tab, Galaxy Watch dan Galaxy Buds terpilih dengan diskaun 30% juga apabila anda membuat prapesan siri Galaxy S25.
Siri Galaxy S25 juga boleh dimiliki melalui pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank yang terpilih.
Dapatkan Samsung Galaxy S25 Series di : http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s25-ultra/buy/






