Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Generasi baharu cip Snapdragon 8 Elite mungkin dilancarkan pada pertengahan 2025

Generasi baharu cip Snapdragon 8 Elite mungkin dilancarkan pada pertengahan 2025 1

Generasi baharu cip Snapdragon 8 Elite mungkin dilancarkan pada pertengahan 2025 2

Qualcomm telah melancarkan cipset flagship Snapdragon 8 Elite mereka pada bulan Oktober dan syarikat ini dilaporkan sudah memulakan pembangunan generasi baharu cipset ini.

Apa yang menarik adalah, Qualcomm dilaporkan mungkin memperkenalkan cipset flagship baharu ini pada pertengahan tahun 2025 dan laporan ini telah dikeluarkan oleh Digital Chat Station di Weibo.

Lebih lanjut, generasi cipset Snapdragon 8 Elite yang seterusnya akan mempunyai prestasi GPU yang lebih berkuasa tinggi dan dibangunkan pada proses 3nm TSMC.

Bercakap mengenai cipset Snapdragon 8 Elite, antara telefon pintar yang menggunakan cipset ini yang telah ditawarkan di Malaysia adalah realme GT 7 Pro, iQOO 13 dan banyak lagi.

ULASAN : realme GT 7 Pro – Telefon pintar flagship Android terbaik bagi tahun 2024

ULASAN : iQOO 13 – Telefon pintar level flagship dengan cipset Snapdragon 8 Elite

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.