iQOO 13 5G kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite – harga RM 3,499
iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu iQOO 13 5G yang menjadi antara telefon pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite ( realme GT 7 Pro adalah model pertama di Malaysia dengan cip baharu ini).
iQOO 13 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED 2K Ultra Eyecare berukuran 6.82-inci dengan resolusi 3168 × 1440 piksel bersama kadar segar semula 1~144Hz dan kecerahan maksima 1,800nits (HBM).
Selain itu, iQOO 13 5G ini dikuasakan cipet terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite + cip Supercomputing Q2, 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0.
Selain itu, iQOO 13 5G ini juga memiliki sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP IMX921 VCS True Color dengan OIS , sensor telefoto Sony 50MP f/1.85 yang juga memiliki OIS, 3x zoom optikal dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP dengan sokongan mod makro dan tidak lupa juga sensor selfie 32MP.
Dalam pada itu, iQOO 13 5G akan memiliki bateri berkapasiti 6,150mAh dengan pengecasan pantas 120W (0-100% dalam masa 30 minit sahaja), sensor capjari dalam skrin (ultrasonic), penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69, sistem penyejukan 7K Ultra VC Cooling dan Funtouch OS 15 yang berasaskan Android 15.
iQOO 13 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Legend dan Alpha pada harga RM 3,499 bagi versi 12/256GB dan RM 3,699 bagi versi 16/512GB.
pra-tempahan kini dibuka dari 4-6 Disember 2024 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,410 dan terdapat juga diskaun RM 300 bagi pelajar dan pensyarah.