Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,999

realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,999 1

realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,999 2

realme secara rasminya telah  melancarkan realme 13 Pro Series 5G di Malaysia pada yang bermula dari RM 1,999.

realme 13 Pro Series 5G ini akan terdiri daripada dua model iaitu realme 13 Pro 5G dan realme 13 Pro+ 5G yang membawakan teknologi canggih dengan reka bentuk yang menarik perhatian, mengukuhkan kedudukanya sebagai telefon pintar pengimejan yang terkemuka kelasnya dengan Ultra Clear Camera with AI.

realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,999 3

realme 13 Pro+ merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan sensor utama 50MP (24mm) Sony LYT-701 bersama satu lagi sensor telefoto 50MP Sony LYT-600 yang menawarkan 3x zoom optikal. Kedua-dua sensor ini juga memiliki OIS dan terdapat sensor ultrawide 8MP.

Seterusnya, realme 13 Pro 5G pula memiliki sensor utama 50MP LYT-600 dengan OIS dan sensor ultrawide 8MP.

realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,999 4

realme juga membawakan teknologi Hyperimage+ AI Realme menggabungkan optik utama, algoritma pengimejan AI pada peranti dan ciri pengeditan imej AI berasaskan awan seperti Smart Removal, Group Photo Enhancement, dan Audio Zoom.

Beralih kepada spesifikasi lain realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ 5G iaitu skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ bersama lapisan gelas Corning Gorilla Glass 7i , cip Snapdragon 7s Gen 2, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dalam pada itu, realme 13 Pro Series juga memiliki bateri  5,200 mAh batteries dengan pengecasan 45W SuperVOOC pada realme 13 Pro dan 80W pada realme SuperVOOC 13 Pro+.

Seterusnya, realme 13 Pro Pro+ akan hadir didalam dua warna iaitu Monet Gold dan Emerald Green manakala realme 13 Pro akan ditawarkan didalam warna Monet Purple, dan Emerald Green.

Akhir sekali, realme 13 Pro Pro+ akan ditawarkan pada harga RM 2,299 (12/512GB) manakala realme 13 Pro akan pada harga RM 1,999 (12/256GB).

Jualan pertama (20 Sep hingga 18 Okt):

  • Pelanggan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,137, termasuk realme Buds T110 (untuk 13 Pro+ 5G) / realme Buds T01 (untuk 13 Pro 5G), Jaminan Lanjutan 1+1 tahun dan Penggantian Retak Depan & Belakang 730 hari.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.