Ekosistem Samsung Galaxy : kehidupan lebih menyeluruh bersama Galaxy AI
Pelancaran Samsung Galaxy Unpacked pada bulan Julai yang lalu telah menyaksikan Samsung memperkukuhkan ekosistem Galaxy mereka dengan memperkenalkan beberapa produk yang terdiri daripada telefon pintar boleh lipat (foldable) Galaxy Z Series, Galaxy Watch Series dan Galaxy Buds3 Series.
Kesemua produk ini menjadi lambang kepada kesempurnaan ekosistem Galaxy yang kini turut diperkuatkan dengan Galaxy AI ✨.
Berikut adalah produk-produk terbaru Samsung Galaxy yang dilancarkan baru-baru ini.
Samsung Galaxy Z Series
Samsung boleh diangkat sebagai perintis kepada pasaran foldable diperingkat global yang mana ianya termasuk bagi telefon pintar kategori flip dan fold.
Tahun ini, Samsung mempertaruhkan Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6 yang masing-masing tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan. Ianya juga tampil dengan ciri kalis habuk yang pertama kali ditawarkan menjadikanya telefon pintar foldable pertama dipasaran dengan penarafan kalis habuk dan air IP48.
Selain itu, Samsung juga telah menambahbaik pengalaman Galaxy AI dengan menggunakan kelebihan skrin tambahan pada Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6 pada ciri seperti Interpreter dan banyak lagi.
Samsung Galaxy Z Fold6 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,799 sehingga RM 8,599 (selepas rebat bernilai RM 500) manakala Samsung Galaxy Z Flip6 pula ditawarkan pada harga dari RM 4,499 sehingga RM 5,099 (selepas rebat bernilai RM 500).
Baca > ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip6 – Ini adalah Galaxy Z Flip yang terbaik!
Samsung Galaxy Watch Series
Samsung Galaxy Watch Series menyaksikan syarikat gergasi Korea ini menyertai pasaran jam tangan premium dengan memperkenalkan Galaxy Watch Ultra bersama-sama Galaxy Watch7 yang ditawarkan didalam saiz 40mm dan 44mm.
Selain itu, kesemua model Galaxy Watch Series pada tahun ini dikuasakan cip 3nm Exynos W1000 yang menawarkan sehingga 3x kali ganda lebih prestasi CPU yang menjadikan jam pintar ini lebih rensponsif dan pantas.
Dalam pada itu, Galaxy Watch Ultra dan Galaxy Watch7 juga membawakan ciri Galaxy AI seperti Suggested replies dan Double Pinch Gestures.
Samsung Galaxy Watch7 ditawarkan didalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm pada harga dari RM 1,199 manakala Galaxy Watch Ultra pula ditawarkan pada harga RM 3,399 ( RM 2,719 selepas 15% diskaun).
Baca > ULASAN : Samsung Galaxy Watch Ultra – Jam tangan pintar Ultra pertama di dunia Galaxy
Samsung Galaxy Buds3 Series
Samsung Galaxy Buds3 Pro dan Galaxy Buds3 berkongsi rekaan yang hampir sama pada bekas pengecasan namun menggunakan rekaan fon telinga yang berbeza.
Galaxy Buds3 menampilkan rekaan fon telinga Open Type manakala Galaxy Buds3 Pro tampil dengan rekaan Canal Type yang mempunyai Blade Lights. Kedua Buds3 Series ini juga memiliki penarafan IP57 bagi fon telinga sahaja.
Seterusnya, Galaxy Buds3 Series ini juga membawakan ciri Adaptive EQ, Adaptive ANC dan ciri Interpreter didalam mod Listening pada Galaxy Z Fold6 atau Flip6. ini membolehkan anda mendengar translasi terus pada fon telinga terbaru Samsung.
Samsung Galaxy Buds3 Series akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Silver dan White pada harga RM 599 bagi Galaxy Buds 3 dan RM 999 bagi Galaxy Buds3 Pro. Setiap pembelian juga akan menerima Galaxy Buds Case bernilai RM 169 secara percuma.
Baca > ULASAN : Samsung Galaxy Buds3 Pro – Earbuds Flagship Samsung Terbaik Di Pasaran