HONOR Magic V3 : Ciri HONOR AI yang dikuasakan Google
HONOR Magic V3 telah dilancarkan untuk pasaran global di IFA 2024 minggu lalu dan telefon pintar foldable AI ini juga telah mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 6,999.
HONOR Magic V3 adalah telefon pintar foldable yang bukan hanya ternipis dan ringan dipasaran, ianya juga mempunyai kualiti binaan yang sangat kukuh dan boleh dikatakan sebagai foldable paling kukuh setakat ini.
Selain itu, HONOR juga mempertaruhkan pengalaman AI yang lebih baik berbanding pada generasi sebelum ini dan pujian harus diberikan pada syarikat ini kerana selain rekaan yang nipis dan berkualiti, pengalaman perisian juga penting kepada pengguna.
Jom kita terokai ciri-ciri HONOR AI pada Magic V3 yang dikuasakan oleh Google.
HONOR telah mengumumkan kerjasama dengan Google Cloud untuk membawakan ciri-ciri AI terkini ke telefon pintar HONOR Magic V3
Kolaborasi telah memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti AI Eraser, Face to Face Translation, dan HONOR Notes.
Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang canggih ini, HONOR Magic V3 menampilkan juga Magic Portal yang baharu, menawarkan pengalaman mudah dan pintar yang menarif semula cara pengguna berinteraksi dengan peranti mereka.
Berikut adalah bagaimanakah ciri-ciri AI pada HONOR Magic V3 boleh mengubah kehidupan seharian, meningkatkan kerja, memudahkan perjalanan, dan memberi makna dalam interaksi sosial.
~ HONOR AI Eraser
Memanfaatkan kuasa teknologi generatif AI yang dimajukan dengan kolaborasi bersama Google Cloud, ciri AI Eraser pada HONOR Magic V3 membolehkan pengguna membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar mereka dengan mudah. Sama ada terdapat orang di landskap gambar atau objek yang tidak dikehendaki, AI Eraser boleh mereka semula latar belakang dengan lancar untuk hasil gambar yang amat menarik.
~ Face to Face Translation
Ciri Face to Face Translation HONOR direka untuk mengurangkan hambatan bahasa dengan menyediakan terjemahan segera semasa perbualan secara langsung. Ciri ini amat berguna semasa bertanyakan arah apabila berkunjung ke luar negara, semasa berbual, atau memahami percakapan dalam bahasa asing. Pada masa ini, Face to Face Translation menyokong 10 bahasa, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Malaysia.
~ AI HONOR Notes
Ciri Voice to Text pada HONOR Notes memanfaatkan teknologi pengenal pasti suara AI bagi mengalih susun sebutan perkataan kepada teks dengan tepat, membolehkan pengguna untuk merakam nota secara langsung dengan lancar. Setelah merakam, pengguna boleh mengakses transkrip bertulis dalam aplikasi HONOR Notes dengan mudah pada bila-bila masa. Ciri ini juga mengasingkan bunyi latar belakang dengan menumpukan sepenuhnya pada suara pengguna bagi mengurangkan kesalahan ejaan.
Selain itu, HONOR Notes juga dilengkapi dengan keupayaan penterjemahan yang dikuasakan oleh Google Cloud bagi membolehkan pengguna menterjemah teks atau input suara kepada beberapa bahasa secara langsung dalam aplikasi tersebut.
Dalam pada itu, aplikasi HONOR Notes juga menyokong rakaman audio yang boleh ditukarkan kepada teks. Ianya juga mampu mengesan perbualan beberapa orang didalam sesuatu mesyuarat dan mengasingkan audio tersebut mengikut individu tersebut.
Ciri ini sudah pastinya sangat berguna kepada golongan professional didalam mesyuarat atau kepada pelajar yang mahu menukar audio pengajaran pensyarah kepada teks untuk rujukan.
~ Ciri Magic Portal – Circle to Do More
Ciri Magic Portal yang baharu ini telah menambahbaik ciri penugasan berbilang dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya perlu bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan buku jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal.
Pada HONOR Magic V3, pengguna kini boleh membuka dua Magic Portal dengan serentak untuk membuat carian seperti perbandingan harga dan kemudahan pelayaran Internet.
~ Ciri Parallel Space
Anda boleh menggunakan Parallel Space pada Magic V3 untuk mengasingkan antara mod kerja dan mod peribadi untuk mengimbangi antara kerja dan keluarga.
• Cara memasuki Paralel Space : 2 jari pinch-out
• Masukkan kata laluan dalam Paralel Space untuk mengakses sistem berasingan, yang bebas sepenuhnya dari sistem ruang utama (Main Space).
• Ruang storan berlainan: Anda boleh menggunakan Paralel Space sebagai sistem kerja untuk menyimpan foto dan fail berkaitan kerja.
• Mod Dwi SIM: Anda juga boleh menetapkan dua kad SIM dalam dua ruang berbeza. Panggilan kerja akan dijawab dalam Paralel Space, manakala panggilan peribadi akan dijawab di ruang utama (Main Space)z
• Menyekat panggilan masuk: Selepas bekerja, keluar dari Parallel Space dan panggilan masuk daripada kenalan berkaitan kerja akan ditunjukkan sebagai “sibuk” dan akan ditutup. Keesokan harinya, anda boleh membuka semula Paralel Space untuk menyemak panggilan yang diterima selepas waktu berkerja.
Kebenaran aplikasi : Pada Paralel Space, anda boleh menetapkan secara berasingan kebenaran untuk semua aplikasi, termasuk kebenaran lokasi dan mikrofon, untuk mengelakkan maklumat kerja anda daripada bocor.
Secara keseluruhan, teknologi HONOR AI pada Magic V3 dilihat sudah pastinya akan meningkatkan user experience kepada pemiliki telefon pintar foldable ini. Ini juga membolehkan HONOR juga sempurna dari segi software dan hardware seperti pencabar lain dipasaran.
Pra-tempah HONOR Magic V3 di Malaysia sekarang pada harga RM 6,999 dan anda turut akan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 2,896 yang termasuk HONOR 365 days screen protection, HONOR Watch 4, HONOR Magic Pen dan HONOR SuperCharge Wireless charger stand.