Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 1

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 2

Sesudah menyelesaikan Apple iPhone 16 dan iPhone 16 Plus, Apple beralih kepada pelancaran produk mercu mereka iaitu iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max yang tampil dengan rekaan hampir sama namun dengan bezel yang lebih nipis, butang Camera Control  dan skrin paparan yang lebih besar.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 3

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max tampil dengan skrin paparan ProMotion 120Hz berukuran 6.3-inci dan 6.9-inci dengan tatukan berbentuk pil yang menempatkan Face ID dan Dynamic Island

Panel skrin ini menyokong kadar segar semula antara 1Hz sehingga 120Hz, mod Always-On display dan kadar kecerahan maksima mencecah 2,000nits yang menjadikanya antara yang paling cerah dipasaran.

Selain itu, Apple juga telah berjaya merampingkan lagi bezel sisi skrin ini kepada 1.15mm sahaja yang menjadikanya telefon pintar dengan bezel paling nipis dipasaran.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 4

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max ini dijana cip Apple A18 Pro yang merupakan cip 3nm generasi kedua dan ianya disertakan dengan 8GB RAM dan Apple Intelligences.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 5

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro tampil sensor kamera yang sama buat pertama kali didalam sejarah iaitu sensor utama Fusion Camera 48MP yang dikenali sebagai sensor Quad-Pixel, sensor ultrawide 48MP dan sensor telefoto 12MP yang kini turut menyokong 5x zoom optikal.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 6

Kamera belakang iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max juga menyokong rakaman video 4K pada kadar 120fps dengan Dolby Vision.

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 7

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Desert Titanium, Natural Titanium, White Titanium dan Black Titanium. Ianya akan ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia mulai 13 September ini pada harga bermula dari RM 4,999. Jualan rasmi bermula pada 20 September.

Apple iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kini rasmi dengan Apple Intelligence dan Camera Control 8

Berikut adalah harga iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max di Malaysia :

  • Apple iPhone 16 Pro 128GB – RM 4,999
  • Apple iPhone 16 Pro 256GB – RM 5,499
  • Apple iPhone 17 Pro 512GB – RM 6,499
  • Apple iPhone 16 Pro 1TB – RM 7,499
  • Apple iPhone 16 Pro Max 256GB – RM 5,999
  • Apple iPhone 16 Pro Max 512GB – RM 6,999
  • Apple iPhone 16 Pro Max 1TB – RM 7,999

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.