Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2024 : Konsol Gaming handheld Acer Nitro Blaze 7 kini rasmi

IFA 2024 : Konsol Gaming handheld Acer Nitro Blaze 7 kini rasmi 1

IFA 2024 : Konsol Gaming handheld Acer Nitro Blaze 7 kini rasmi 2

Acer secara rasmi telah mengumumkan kemasukannya dalam pasaran peranti permainan bimbit dengan pelancaran Acer Nitro Blaze 7 (GN771). Peranti ini menggabung teknologi yang canggih dan reka bentuk padat untuk sentiasa menyediakan permainan dan hiburan generasi seterusnya.

PC gaming bimbit AI generasi pertama Acer dilengkapi cip pemproses AMD Ryzen™ 7 8840HS, dengan Ryzen AI yang meningkatkan prestasi dan kadar tindak balas di antara pelbagai aplikasi dan permainan.

Reka bentuknya membolehkan para pengguna untuk memuatkan peranti ini ke dalam beg atau saku mereka untuk masa permainan dengan segera semasa di atas perjalanan. Ia dilengkapi dengan paparan IPS Full HD (FHD) 7 inci dengan antara muka sesentuh, dengan tambahan teknologi AMD FreeSync Premium, kadar segar semula secepat 144 Hz. Semua ini membolehkan para pemain untuk mengalami visual yang ditingkatkan dan pengawalan yang responsif ketika bermain dengan permainan AAA kegemaran mereka. Sistemnya berfungsi dengan Windows 11 dan dilengkapi aplikasi Game Space Acer baharu yang menyokong penambahan permainan dari pelbagai platform.

Acer Nitro Blaze 7: Sebuah Peranti Gaming Bimbit Mudah Alih dan Berkuasa

Konsol gaming mudah alih Nitro Blaze 7 baharu dari Acer menawarkan prestasi dan kecekapan yang cepat untuk permainan dan hiburan seharian. Dilengkapi cip pemproses AMD Ryzen™ 7 8840HS yang dengan prestasi 39 AI TOPS yang mengagumkan dan teknologi Ryzen AI, para pengguna boleh menjangkakan kecekapan yang tinggi dan sokongan untuk keupayaan yang dikuasakan oleh AI di dalam peranti. Ia mengandalkan grafik AMD Radeon 780M, dan Radeon

Super Resolution dalam panel untuk peningkatan resolusi dalam masa nyata dan pengalaman bebas gagap.

Paparan sesentuh IPS FHD (1920×1080) 7 incinya juga memastikan pelbagai tugasan yang lancar dan ruangan simpanan yang luas untuk pelbagai permainan, media, dan fail-fail. Ia menyediakan muatan penyimpanan SSD M.2 NVME PCIe sehingga 2 TB dan memori LPDDR5x 16GB di 7500 MT/s untuk kadar peralihan dan jalur lebar yang lebih tinggi. Para pengguna boleh menelusuri koleksi permainan peranti bimbit Windows 11 ini dengan  ciri-ciri Acer Game Space baharu.

Para gamer boleh membuka ruang ini dengan cepat dan boleh mengisinya dengan tajuk permainan kegemaran mereka. Ia juga sesuai dengan platform permainan arus perdana dan datang dengan PC Game Pass untuk 3 bulan untuk akses kepada ratusan permainan PC yang berkualiti tinggi. Sama ada memilih barang dalam inventori mereka, melukis jalan untuk watak-watak, atau zum masuk untuk mendapat pandangan yang lebih dekat, reka bentuk Nitro Blaze memberi pengawalan yang senang kepada para pengguna.

Pengawalan responsif antara muka skrin sesentuh membolehkan para pemain untuk bermain dengan lebih alami dan membuka kemungkinan untuk mekanisme permainan yang berlainan.

Selain itu, kekunci pintas yang membawa para pemain ke dalam koleksi permainan mereka dengan segera, dan kayu bedik Nitro Blaze dan butang berarah menjadikan pengembaraan dalam alam permainan lebih senang dengan ketepatan dan ke serba bolehan yang tinggi.

Untuk sambungan berkecepatan tinggi, konsol gaming handheld Nitro menyokong Wi-Fi 6E dan menggabung pelbagai palam untuk pemasangan peranti dan persisian termasuk USB4® (Jenis C) dengan cas pantas, dan pembaca kad MicroSD untuk mengebangkan muatan penyimpanan.

Buat masa ini maklumat harga dan ketersediaan Acer Nitro Blade 7 ini masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.