Xiaomi Redmi 14C kini rasmi di Malaysia dengan cip Helio G81 Ultra – dari RM 449 sahaja
Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar kelas entry level terbaru syarikat ini iaitu Redmi 14C yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran yang dikuasakan cip Helio G81 Ultra.
Redmi 14C ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.88-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 600 nits dan kamera selfie 13MP pada waterdrop notch.
Bersama cip Helio G81 Ultra, Redmi 14C ini memiliki dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB yang dipadankan dengan storan dalaman 128GB dan 256GB.
Seterusnya, Redmi 14C memiliki satu sensor utama 50MP bersama sensor auxiliary dan flash LED. Ianya juga memiliki bateri 5,160mAh dengan pengecasan 18W, sensor capjari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm.
Xiaomi Redmi 14C akan ditawarkan di Malaysia mulai 13 September ini didalam 4 warna iaitu Midnight Black, Dreamy Purple, Sage Green, dan Starry Blue pada harga RM 449 bagi versi 6/128GB dan RM 599 bagi versi 8/256GB.