HONOR Magic V3 – telefon pintar foldable AI paling nipis, paling ringan dan tahan lasak
Tanggal 5 September 2024, HONOR akan memperkenalkan satu lagi inovasi terbaru syarikat ini dipasaran global atau lebih spesifik di sidang IFA 2024 yang akan berlangsung di Berlin, Jerman.
Inovasi yang kami maksudkan adalah telefon pintar foldable HONOR Magic V3 yang akan dilancarkan sebagai pengganti kepada HONOR Magic V2.
HONOR Magic V3 akan dilancarkan dengan pelbagai penambahbaikan yang menyaksikan telefon pintar boleh lipat ini diletakkan sebagai telefon pintar foldable paling tahan lasak dipasaran.
Jom kita lihat dengan teliti rekaan HONOR Magic V3 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 5 September ini.
Telefon Pintar Foldable Ternipis dan Ringan di Pasaran
HONOR Magic V3 menampilkan struktur rekaan ultra-nipis yang menjadikanya sebagai telefon boleh lipat dengan rekaan paling nipis dalam industri dengan ketebalan hanya 9.2mm.
Melalui pemilihan bahan dan proses pengilangan yang terperinci, ketebalan HONOR Magic V3 semasa lipatan dibuka adalah 4.35mm manakala hanya 226g, sekaligus mengatasi beberapa telefon pintar flagship tradisional di dalam industri.
Dengan chasis yang sangat nipis dan ringan, HONOR Magic V3 menawarkan pegangan yang lebih selesa kepada pengguna, menjadikannya lebih seronok untuk digunakan sepanjang hari.
Ketahanan Luar Biasa dengan Teknologi Baharu
Tunjang sebuah peranti boleh lipat adalah engsel dan HONOR Magic V3 menampilkan engsel HONOR Super Steel generasi kedua yang merupakan engsel paling kukuh dan nipis dipasaran.
Selain itu, Skrin hadapan Magic V3 juga dilapisi gelas NanoCrystal Shield seperti pada Magic6 Pro yang bermaksud paparan hadapan telefon pintar boleh lipat ini adalah sangat kalis calar dan menawarkan sehingga 10x perlindungan daripada jatuhan.
Satu lagi ciri yang dinantikan pada telefon pintar boleh lipat adalah penarafan kalis air dan Magic V3 kini tampil dengan penarafan IPX8 yang menjadikanya masa kekal berfungsi walaupun selepas terdedah kepada hujan, terkena air ataupun terjatuh pada kedalaman air sehingga 2.5m.
Akhir sekali, HONOR juga telah meningkatkan ketahanan Magic V3 dengan menggunakan teknologi Super Fibre yang biasa digunakan pada industri aeroangkasa yang mana ianya adalah lebih kuat daripada keluli.
HONOR Magic V3 – AI Foldable yang dikuasakan oleh Google
Tahun 2024 adalah tahun AI bagi pasaran telefon pintar dan HONOR Magic V3 kini tampil sebagai antara telefon pintar boleh lipat dengan ciri AI yang cukup menggagumkan.
~ Face to Face Translation
HONOR Magic V3 hadir dengan ciri Face to Face Translation iaitu ciri terjemahan bahasa secara langsung yang menyokong 10 bahasa termasuk bahasa Malaysia. Ianya ianya turut menggunakan skrin luaran untuk memaparkan transkrip terjemahan yang dilakukan. Ciri ini sudah pastinya amat berguna apabila anda berada diluar negara atau berbual bersama orang yang tidak fasih bercakap didalam bahasa tempatan.
Ketika pelancaran, ciri Face to Face Translate pada HONOR Magic V3 akan menyokong 10 bahasa iaitu bahasa Ingeris
~ AI HONOR Notes
HONOR Magic V3 menampilkan aplikasi HONOR Notes yang menyokong rakaman audio yang boleh ditukarkan kepada teks. Ianya juga mampu mengesan perbualan beberapa orang didalam sesuatu mesyuarat dan mengasingkan audio tersebut mengikut individu tersebut.
Ciri ini sudah pastinya sangat berguna kepada golongan professional didalam mesyuarat atau kepada pelajar yang mahu menukar audio pengajaran pensyarah kepada teks untuk rujukan.
Super Split Screen
Ini adalah ciri yang sudah pastinya diminati oleh peminat gaming mudah alih keran ciri ini membolehkan HONOR Magic V3 berfungsi seperti sebuah konsol gaming mudah alih. Super Split Screen membolehkan bahagian bawah skrin (mod lanskap) digunakan untuk kawalan dan akses semua tetapan permainan video tersebut manakala bahagian atas skrin digunakan untuk memaparkan aksi permainan anda tanpa sebarang halangan.
~ Circle To Do More
HONOR Magic V3 juga membawakan ciri Circle To Do More yang membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan melalui kaedah Circle To Do More. Anda hanya perlu membulatkan sesuatu menggunakan buku jari dan leret ke sisi skrin yang turut menawarkan fungsi Magic Portal atau pencarian terus pada Google Search Image.
~ AI Magic Eraser
AI Magic Eraser adalah ciri yang membolehkan anda memadam sesuatu objek atau subjek dari gambar yang telah diambil dengan mudah. Anda hanya perlu ke aplikasi Gallery tekan AI Eraser dan bulatkan bahagian yang hendak dipadam dari gambar.
Anda sudah pasti teruja dengan HONOR Magic V3 ini, nantikan pelancaran rasmi HONOR Magic V3 di Malaysia yang akan berlangsung serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini.